SENTIMEN PASARAN & KEYAKINAN PELABUR

Komen umum saya terhadap artikel di bawah:

  1. Agak balanced kerana ia turut menyebut yang pro dan contra.
  1. Ia tertumpu kepada stock market per se, bukan ekonomi Malaysia secara menyeluruh.
  1. Stock market reflects sentiment terhadap equity market yang dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuklah domestic & external forces; ianya bukanlah petunjuk investor confidence terhadap ekonomi as such.
  1. Dari segi keyakinan terhadap kerajaan & ekonominya, antara petunjuk yang biasa digunapakai sebagai proksi untuk mengukur investor’s confidence ialah data pelaburan, khasnya FDI.
  1. Jumlah pelaburan:
  • Jan – Jun 2018 = RM86.1B
  • Jul – Dis 2018 = RM115.6B
  • Jumlah = RM201.7B (0.6% increase y-o-y).
  1. FDI
  • 2017 = RM54.4B
  • 2018 = RM80.5B (48% y-o-y).

     Highest to date & melonjak dalam keadaan global FDI menurun:

  • 2017 = USD1.5T
  • 2018 = USD1.2T
  1. Pelaburan adalah antara pemacu utama aktiviti ekonomi.
  1. Mudah-mudahan ekonomi kita akan terus berkembang serta menjana lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan untuk kemakmuran bersama.

          Inshaa Allah.

  1. Berbalik kepada apa yang ditulis oleh penulis, post election syndrome memang ada berlaku; contoh yg diberi ialah India & Indonesia. So Malaysia tak terkecuali.
  1. India & Indonesia akan menghadapi PRU dalam masa terdekat. So phenomenon ini akan berulang lagi. Malaysia pula sedang menghadapi uncertainty surrounding PM in waiting.
  1. Pertumbuhan ekonomi dunia diunjurkan lemah sejak 2016. IMF/World Bank telah sekali lagi revised downwards estimate/forecast bagi 2018 & 2019.
  1. 2018: dari 3.9% kpd 3.7% & 2019: dari 3.6% kpd 3.5%.
  1. So sudah tentu ada impak ke atas banyak negara, termasuklah ekonomi dan pasaran saham Malaysia.
  1. Kita boleh pilih statistics selectively to reflect what we want to show/provecherry picking.

Komen khusus 

  1. Pada tahun 2018, kita sama-sama berdepan dengan geo-politic yang hostile & global economy yang fragile.
  1. Despite all these + macam-macam kutukan, namun we managed to register a respectable growth of7%, no. 1 among emerging markets with 3.0% drop as compared to 8.2% drop in world index & 14.4% drop in emerging market index.
  1. Low unemployment & low inflation rates.
  1. Rizab kita berada di paras lebih USD100B. MYR kita pula lebih kukuh iaitu sekitar RM4.10 = USD1.
  1. Semua angka ini berada di paras yg lebih tinggi/baik berbanding paras terendah/terburuk dalam tempoh 5 tahun lalu.
  1. Pengaliran keluar ekuiti yang dihebohkan hanyalah sekitar RM12B banding RM19B in 2016.
  1. Despite all these glittering figures, ianya taklah begitu menggembirakan saya.
  1. These data are largely  reflecting the capital economy, not the people economy. 
  1. Kebanyakan rakyat sebenarnya melarat dan merempat, seperti data yang telah saya kongsikan. Lalu rakyat telah marah. Makanya kita terlungkup.
  1. Dasar MBE telah merosakkan rakyat, seperti mana yang telah saya ingatkan pada 29 Mei 2010 dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang turut dihadiri another orang Melaka, Datuk Ramlah Adam.
  1. Yes, data KLCI  bagi 2 bulan pertama 2019 agak subdued. Globally ianya dalam keadaan yang sama. Of course, ada yang perform lebih baik.
  1. After clearing all the toxic, with improved political stability & clearer govt direction + less hostile global geo-politics, citrus paribus, there is a good chance both the economy & the market will rebound, inshaa Allah.
  1. Please refer to the 2nd last para in the said article.

DAA

14 Mac 2019.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/03/12/politics-sent-stocks-up-now-u-turns-as-doubts-emerge/

*EKONOMI NEGARA & PASARAN SAHAM BERTAMBAH MENJUNAM.*

Leave a comment

MENGHINA ISLAM: PENYELESAIAN YANG MAPAN?

  1. Akhir-akhir ini kembali kerap berlaku perbuatan menghina Islam.
  1. Kebanyakan reaksi orang Islam adalah keras. Nampaknya benarlah Newton’s Third Law of Motion.
  1. Ini juga bermakna kaedah lama untuk mengatasi masalah tersebut di masa lalu dan masa kini tidak berjaya.
  1. Justeru penyelesaian baru dan mapan/sustainable perlulah diusahakan. Sehubungan itu, nasihat Albert Einstein “doing the same thing over and over again and expecting different result is lunatic” wajarlah diberi perhatian agar our efforts are yet not futile again.
  1. Sesungguhnya diakui isu ini adalah besar, kompleks & rumit serta explosive. Kerana keupayaan yang terhad, maka saya hanya ingin sentuh aspek tertentu sahaja.
  1. Menyusuri sejarah perkembangan Islam di zaman Nabi S.A.W. hinggalah tersebar ke Nusantara & China, maka didapati ianya bersandarkan kepada 2 strategi utama:
  • dakwah/hujung lidah (aman) &
  • perang/hujung pedang (keras/ganas).
  1. Jelas Islam TIDAK memilih strategi kedua sebagai pilihan pertama untuk mengembangkan Islam.
  1. Kejayaan penyebaran Islam di masa lampau lebih berteraskan hujung lidah.
  1. Hairannya, mengapakah kita kini terus memilih strategi kedua yg keras itu? Bukankah elok kita menghayati sunnah Nabi?
  1. Adakah kerana kita tidak mampu memahami ajaran Islam selengkapnya dan gagal pula berdakwah kepada bukan Islam serta tidak berjaya menjadi ikon kepada semua hamba Allah?
  1. Ya, bolehlah kita bertindak & menghukum mereka yang menghina Islam seperti yang biasa kita lakukan sebelum ini. Tetapi tidakkah reaksi seperti ini akan terus berulang lagi seperti yang berlaku selama ini?
  1. Berkemungkinan besar ia akan berulang lagi kerana kita tidak menyelesaikan masalah ini at source iaitu IGNORANT.
  1. Mereka ignorant tentang kita & kita pun ignorant tentang mereka serta kurang pula ilmu agama.
  1. Yang berilmu agama pula lebih suka berdakwah di kalangan orang Islam sendiri hinggakan sebahagian orang Asli di Bukit Payung, misalnya, setelah lebih 60 tahun merdeka pun, masih lagi tak masuk Islam walaupun JAKOA diketuai oleh orang Melayu dan JAIM ada next door di Alor Gajah.
  1. Dalam pada itu, kita terus ditakut-takutkan dengan perkembangan/penyebaran agama Kristian.
  1. Sebenarnya kita perlu hormat urusan mereka seperti mana kita mengharapkan mereka menghormati urusan kita.
  1. Kita perlulah akui bahawa itu adalah tugas mereka dan dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10 (3) (a).
  1. Yang ditegah oleh Perkara 10(4) ialah jika mereka menyebarkannya di kalangan orang Islam; itupun di negeri-negeri tertentu (tidak semua negeri mengenakan sekatan).
  1. Pada masa yang sama, kita kena sama-samalah patuhi Perkara 10 (5).
  1. Sesungguhnya tindakan yang lebih penting ialah:
  • melaksanakan awareness & educational programme mengenai Islam & sensitiviti orang Melayu untuk difahami oleh bukan Islam; both by way of Mohamed goes to the mountain or mountain goes to Mohamed. Bukan untuk Islamkan mereka.
  • melaksanakan awareness & educational programme mengenai agama-agama lain & sensitiviti orang bukan Melayu untuk difahami oleh orang Islam,
  • memperkukuhkan iman dan taqwa orang Islam sendiri agar menjadi insan contoh/ikon, &
  • memperkasa para pendakwah kita melalui proses unlearn & relearn agar mereka mampu mendepani dan membahu cabaran dan tugas baru ini.
  1. Berkaitan para 20.3 itu, ramai anak muda kita telah belajar di negara-negara bukan Islam seperti USA, UK, India, Korea & Jepun. Adakah mereka menukar agama?
  1. Dalam pada itu, eloklah juga kita bertanya mengapakah Islam lebih pantas berkembang di Nusantara pada kurun ke 13 banding sekarang sedangkan mereka tak tahu pun bahasa Melayu, tak dibayar gaji, dan sebagainya sedangkan kita sekarang mempunyai pelbagai kemudahan dan ada yg dibayar gaji?
  1. Tentu masing-masing ada jawapan yang tersendiri.
  1. Kembali kpd ignorance tadi, ianya diperburukkan lagi oleh RACIAL SEGREGATION/POLARISATION yang semakin mendalam & meluas; merangkumi alam kediaman, persekolahan, pekerjaan, politik dan lain-lain.
  1. Wajar diakui ianya tak berlaku dengan sendiri. Sebaliknya ia adalah hasil perbuatan kita juga.

Syor:

  1. Penyelesaian yg mapan/sustainable solutions hendaklah diusahakan secara kolektif. Kementerian Perpaduan Negara & Kesejahteraan Sosial hendaklah memimpin prakarsa ini.
  1. Melaksanakan 4 syor seperti di para 20.
  1. Melaksanakan paradigm shift ke atas kaedah dakwah masa kini:
  • Seperti yg telah saya tulis sebelum ini,  ubah fokus ceramah di TV, misalnya. Lebih tumpukan (talking to) kepada penonton non-Muslim.
  • Jika acara forum, misalnya, jemput juga non-Muslim sebagai ahli panel. Ramai juga non-Muslim yang tahu hukum hakam Islam & lulus undang-undang syariah. Cuma mereka, seperti Abu Talib, belum mendapat hidayah, agaknya.
  1. Rangka dasar dan program to dismantle this segregation/polarisation akibat dasar-dasar & perancangan serta tindakan bertahun-tahun di masa lampau.
  1. We’ve to urgently start somewhere if we want to co-exist, if not to integrate/assimilate, demi kemakmuran & keamanan bersama.
  1. The only other option is racial riot/civil unrest. Do we want this to happen?
  1. Kindly harness & polish the ideas.

DAA

28 Feb 2019.

Leave a comment

KERJASAMA UMNO-PAS: KERANA MELAYU/ISLAM ATAU DEMI SURVIVAL PEMIMPIN?

  1. Mengapakah musuh ketat yang bertahun-tahun lamanya (Tun M, DSAI, LKS, LGE & Mat Sabu) boleh bertukar menjadi rakan dan duduk sepakat?
  2. Kerana mereka ada satu GOAL & MUSUH yang sama iaitu mahu berkuasa. Musuh mereka ialah BN/DSN. Yang lain tak penting.
  3. Goal mereka tercapai pada 9 Mei 2018.
  4. UMNO & PAS cuba bekerjasama kerana kini kedua-duanya dalam satu situasi yang sama (pembangkang) & berdepan dengan musuh yang sama (PH). Dulu masing-masing sombong.
  5. Benar kedua-dua ahli parti terdiri dari orang Melayu & kedua-duanya memperjuangkan Islam walaupun penekanannya berbeza.
  6. Namun kerjasama antara keduanya bukanlah kerana mantra Melayu & Islam yang cuba mereka jual.
  7. Jika benar kerana 2 sebab tersebut maka sudah tentu PAS (PMIP) tak  keluar dari perut UMNO.
  8. Jika benar kerana 2 sebab tersebut maka UMNO tidak pula tendang PAS keluar dari BN pada tahun 1978.
  9. Jika benar kerana 2 sebab tersebut, maka UMNO & PAS tak berperang selama 40 tahun (1978 – 2018).
  10. Adakah keduanya bekerjasama (tanpa penyertaan pihak-pihak lain) kerana hendak berkuasa? YA, TETAPI BEKERJASAMA UNTUK KALAH.
  11. Menurut hukum akal, 2 parti ini tidak boleh dapat kerusi parlimen minima yang diperlukan = 112. Saya sudah terangkan sebelum ini. https://darahtuah.wordpress.com/2019/02/01/kerjasama-umno-pas-merancang-untuk-kalah/
  12. Jika sudah agak jelas, 2 parti tersebut tak boleh menang/berkuasa, maka apa sebab penyokong hendak betting on a losing horse?
  13. Kalaulah tidak berkuasa, bagaimana pula hendak menolong orang Melayu & agama Islam? Maka akan ditohmahkanlah slogan berkenaan sebagai gimik dan retorik politik semata-mata untuk survival pemimpin saja.
  14. Jika pencerahan yang berkesan berkaitan isu-isu ini dapat diberikan maka lebih mudahlah sokongan dapat diraih.
Wallahu’alam.
DAA
16 Feb 2019.

Leave a comment

Kulasegaran Dan Sekutu Yang Tidak Segar Akal Budi

Oleh ARIF ATAN

(Anggap ini kuliah sosio-budaya bagi Malaysia Baru. Jangan sentap melulu lalu dilabel rasis kalau tak habis baca)

Cakap mudahnya macam kaduk naik junjung, makin naik tocang, cacing naik ke mata. Apabila terus memanggil Melayu pendatang, itu jelas mengherdik Melayu secara budaya dengan perancangan berstrategi semacam mahu merombak sejarah tanah air. Ingat, pengundi Melayu yang tidak sampai 30 peratus menyokong Pakatan Harapan (PH) boleh terimakah wahai M Kulasegaran?

Namun, Naib Pengerusi DAP itu begitu bersungguh menafikan yang dia ada memanggil orang Melayu sebagai pendatang. Baik. Kita bersangka baik untuk menerima penafiannya tetapi kenyataannya yang lain-lain itu secara logiknya tetap boleh ditafsir sebagai menganggap Melayu sebagai pendatang! Taklah biadap, namanya!

Menteri Sumber Manusia itu dalam majlis keagamaan Hindu di Nilai bulan lepas cakap, dia mahu menekankan sejarah dengan “fakta yang tepat dan lengkap” supaya “setiap warga Malaysia tahu sejarah mereka sendiri.”

Masalahnya, dia sendiri sama ada tak tahu atau saja-saja buat tak tahu menganggap kaum India tidak sepatutnya digelar pendatang.

Kata Ahli Parlimen Ipoh Barat yang mungkin tak perlukan lagi pengundi Melayu di kawasannya itu seperti dilapor:

“Apa yang saya jelaskan dalam majlis itu adalah orang India berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu. Agama Hindu dibawa oleh Orang India…(Ia) agama awal yang dianuti penduduk tempatan (ketika itu).

“Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu di Kedah telah membuktikan hal ini. Jadi tidak adil jika kaum India digelar pendatang, berdasarkan faktor sejarah ini.”

Hah, tepokkk!

Lihat penegasan Kulasegaran, “tidak adil jika kaum India digelar pendatang.” Itu pun ada hati dia mahu bercakap tentang sejarah dengan “fakta yang tepat dan lengkap”?!

Dia sendiri sebagai warga Malaysia mungkin tak ambil tahu sejarah tanah air ini sendiri. Istilah pendatang pula bukan satu bentuk penghinaan apa pun, hanya dari segi perspektif sejarah.

Takkan Kulasegaran mahu nafi leluhur kamu sendiri berasal nun dari wilayah yang secara geopolitiknya hari ini dipanggil negara India?

Takkan Kulasegaran mahu menafikan penghijrahan ekonomi orang India selain Cina ke Alam Melayu (bukan saja Malaya sebab Sumatera Timur pun mengalami situasi sama. Baca tulisan ilmiah Ariffin Omar dalam Bab 7, ‘Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia’ terbitan USM pada 2006) adalah berpunca daripada dasar ‘laissez-faire’ penjajah membawa mereka masuk sehingga mengancam hak orang Melayu ketika itu?

Kalau kita undurkan masa nun antara tahun 688 – 695, pendeta Buddha dari Dinasti Tang, Yi Jing dalam catatannya berkelana di Alam Melayu ketika itu sudah menyebutkan bahawa ada sebuah kerajaan yang dikenal dengan Mo-Lo-Yu (Melayu). [Moga silibus Sejarah UEC ada sebutkan fakta ini]

Yi Jing tidak sebut pula ada kerajaan lain dipanggil mungkin In-dia hinggakan Kulasegaran mahu mendakwa India di Malaysia hari ini bukannya pendatang.

Catatan-catatan Arab sejak abad ke-7 Masihi hingga 10M pula sudah banyak menulis tentang Alam Melayu. Bahkan, sejarah Melayu terutama sekali berkaitan Kedah Tua yang Kulasegaran sebutkan itu sudah lama orang Arab tulis lebih 2,000 tahun dulu.

Nama Kedah dalam banyak teks pelayaran Arab ke Alam Melayu adalah ‘Kalah’. Antaranya, ‘Al Masalik Wal Mamalik’ yang diterjemah oleh Tuan Arsyad Pendang ke bahasa Melayu dan diterbitkan tahun lepas.

Adakah Kulasegaran tahu apatah baca buku-buku travelog purba Arab ini sebelum dia mahu menekankan sejarah dengan “fakta yang tepat dan lengkap” versi dia? Kitab apa dia mahu pakai? Kitab ‘Malaysian Malaysia’ DAP?

Dalam naskhah ‘At-Tarikh Silsilah Negeri Kedah’ ada disebut lebih kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W tentang nama ‘Tanah Melayu’. Tidak pula disebut ‘Tanah India’ atau ‘Tanah Tamil Nadu’!

Bahkan, ketika itu disebutkan ramai orang dari Jawa lari menyeberang ke ‘Tanah Segara Masin’ (sebelum digelar Tanah Melayu) akibat serangan seorang raja dan tenteranya dari India.

Kulasegaran ada “fakta yang tepat dan lengkap”kah siapa raja dan tentera dari India yang menyerang orang Jawa itu? Kalau orang India bukan pendatang di Tanah Melayu, habis tu yang menyerang itu, India dari tanah mana?

Dalam kitab ‘Aja’ibul Hind’ oleh Buzurg Al-Ramhurmuzi juga diterjemah oleh Arsyad Mokhtar banyak kali ditulis NEGERI EMAS yang merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu. Timbunan emas di Tanah Melayu memang masyhur sehingga wujud panggilan Suvarnabumi dan The Golden Chersonese.

Adakah Kulasegaran fikir itu sebagai fakta yang tidak tepat dan tidak lengkap sehinggakan setiap warga Malaysia tidak tahu bahkan keliru dengan sejarah mereka sendiri?

Alfred Russel Wallace yang mengambil masa 8 tahun mengkaji etnologi kemasyarakatan, botani, zoologi dan geologi di Alam Melayu pernah mengembara ke Melaka mengkaji habitat ekologi di sekitar Gunung Ledang yang dipanggil ‘Gunung Ophir’ oleh masyarakat Barat pada Julai hingga September 1854.

Dia juga menjejakkan kaki di Singapura. Katanya jelas dalam Bab 2 buku ‘The Malay Archipelago’ yang diterbitkan pada 1869 itu bahawa Orang Melayu sebagai penduduk asli di Singapura ketika itu yang ramai bekerja sebagai nelayan, pemilik perahu dan polis.

Wallace siap sebut ratusan perahu Melayu memenuhi pelabuhan Singapura selain kapal perang dan kapal dagang bangsa Eropah dan jong Cina. Rumah-rumah Melayu pula penuh di kawasan pinggir kota selain rumah orang Cina yang kata Wallace sudah membentuk populasi terbesar di Singapura.

Bahkan, Wallace turut menyebut tentang orang India dan orang Arab bekerja sebagai pedagang-pedagang kecil dan pemilik kedai. Wallace tak sebut pula orang India adalah penduduk asli Singapura!

Wallace yang sebenarnya juruukur dengan kerajaan British itu juga menyenaraikan sejumlah 117 kata dalam 59 bahasa bagi kelompok etnik dalam Alam Melayu dari bahasa Melayu, Jawa, Bugis, Bajau hingga ke wilayah kepulauan Flores dan Timor.

Tiada pula bahasa Tamil menjadi antara 59 bahasa diucap di ‘Malay Archipelago’ jika betullah orang India bukan pendatang yang Wallace turut senaraikan sebagai perbandingan bagi kata ‘burung’ dan ‘api’, contohnya.

Kata ‘burung’ kalau orang di Celebes Selatan dan Amboyna juga menyebutnya sama ‘burung’. Kata ‘api’ juga sama diucap orang Bajau, Lombok, Bugis, Salayer di Celebes Selatan, Tomore dan Tomohon.

Kata ‘api’ juga disebut orang Kepulauan Sula, Batchian, Allor dan Solor serta di Langowan, Tanawanko, Kema (Celebes Utara).

Soalnya, dalam bahasa Tamil, kata ‘burung’ dan ‘api’, adakah sama dengan bahasa Melayu? Paling tidak pun, sipi-sipi diucapkan dalam mana-mana 58 rumpun suku kaum lain di Alam Melayu seperti yang disenaraikan Wallace itu?

Apa kelayakan Kulasegaran untuk sesuka hati bercakap India bukan pendatang (bermaksud India adalah peribumi di tanah air ini!) berbanding Wallace yang sudah mengkaji alam tabii Alam Melayu sepanjang 1854 hingga 1862 itu?

Atas fakta apa Kulasegaran mahu menekankan sejarah “Malaysia Baru” dengan “fakta yang tepat dan lengkap” ketika Wallace dalam Bab 40 buku ‘The Malay Archipelago’ itu menulis terang-terang:

“Ras Melayu merupakan ras terpenting kerana MEMILIKI PERADABAN PALING TINGGI.” Rakyat Malaysia hari ini walaupun pada era “Malaysia Baru” tentunya masih memahami sejarah lama keturunan kita masing-masing.

Melabel India sebagai pendatang bukan meremehkan tetapi itu fakta sejarah akibat polisi pasaran bebas oleh penjajah British. Itu fakta, tak tahulah kalau ada pemimpin Melayu komponen PH atau pensyarah universiti dari fakulti ekonomi nak tulis status di Facebook kata, itu auta atau perkauman!

Mengapa Kulasegaran harus menjatuhkan maruah keseluruhan masyarakat India lain sebagai bangsa yang mempunyai leluhur peradaban yang juga hebat di tanah besar India sana dengan sengaja menimbulkan polemik India bukan pendatang (baca: India adalah peribumi) di Malaysia yang nama lamanya adalah SEMENANJUNG TANAH MELAYU ini?

Kulasegaran apabila membangkitkan soal pendatang ini sekali gus mempersoal kewujudan masyarakat Melayu di Malaysia yang komposisinya sudah mencecah lebih 60 peratus ini.

Nampaknya, dia tidak faham tentang rencamnya nama Melayu itu sendiri apabila mengalami evolusi makna.

Nampak sangat Kulasegaran tidak tahu atau malas ambil tahu bahawa kata Melayu itu asalnya lebih berasaskan budaya.

Orang Melayu sebelum meletupnya isu Malayan Union 1946 lebih memperkenalkan diri masing-masing mengikut negeri. Mike orang Perak, ambo ore Kelate, saye orang Johor, Hang Kedah tang mana, Pahang lagilah kompleks, orang Temerloh, orang Pekan ada loghatnya.

Kesan tinggalan bagasi sejarah inilah yang masih boleh dilihat di Universiti Malaya (UM) dengan adanya persatuan-persatuan mahasiswa anak negeri dengan yang aktif setakat tahun 2008 dulu, Persatuan Mahasiswa Kelantan UM, Persatuan Mahasiswa Johor, Persatuan Mahasiswa Perak. Oh, Kulasegaran dulu ambil jurusan undang-undang di London, bukan UM. Apa dia tahu!

Zaman penjajah dulu, ada kategori Melayu Jati dan Melayu Dagang. Ni, patut Kulasegaran tahu.

Eh, takkanlah Kulasegaran yang sudah tua tak pernah dengar lagu ‘Anak Dagang’, tak tahu dialog popular ‘Kajang Pak Malau..mengkuang layu’ dalam filem Sri Mersing (1961) atau menonton filem pecah panggung Indonesia, ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ dalam menelusuri  perasaan dan dilema menjadi anak dagang?

Itu belum lagi wacana hangat wartawan-wartawan Melayu sebagai intelegensia bangsa era 1930-an dengan istilah DKK (Darah Keturunan Keling) dan DKA (Darah Keturunan Arab) merujuk kepada kategori Melayu hasil kahwin campur.

Maksudnya, kalau Kulasegaran rasa orang India kena tindas sangat dengan label pendatang, orang Melayu hari ini nenek moyangnya dulu lagilah lama pedih menanggung perasaan merantau.

Kulasegaran faham tak semua ini? (Meminjam dialog iklan Trivago).

Berbalik pada Wallace tadi, hinggakan dia sebut sifat luaran bahkan dalaman orang Melayu di Alam Melayu. Punyalah Wallace ini tajam perhatian.

Walaupun, agak lucu untuk kita hari ini membacanya selain semacam tersembunyi sentimen ‘superior’ orang kulit putih dalam menilai orang lain tetapi itulah pandangan orientalis lebih 160 tahun lalu terhadap orang Melayu.

Antaranya, Wallace senaraikan orang Melayu ini emosinya datar, pendiam, pemalu, tidak menyatakan ekspresi hairan, kagum, takut secara terbuka. Cakapnya satu-satu, hati-hati dan berkias ibarat, tidak mudah berkelahi kerana wang (itu sebab Melayu dulu kuat gotong-royong), tidak suka bertanya terlalu banyak (patutlah di kelas atau ceramah sekarang pun masih agak sukar nak lihat suasana rancak soal jawab!).

Jadi, melihatkan sikap beraninya Kulasegaran mahu merekonstruksi sejarah dengan mendakwa India bukan pendatang (baca: India adalah Peribumi) sekali gus menyamatarafkan keberadaan orang India dengan orang Melayu di wilayah yang secara antropologinya dipanggil ‘Malay Archipelago’, nyatalah Kulasegaran amat melampaui batas.

Walhal, sifat melampaui batas atau keterlaluan ini perangai yang sangat dan banyak dilarang dalam kitab suci Al-Quran. Orang Melayu yang ribuan tahun lalu sebelum memeluk Islam yang bersederhana dalam semua segi pun memang dikenali sebagai bangsa bersifat terbuka, mudah berakomodatif, meraikan kedatangan orang luar dari alamnya dan bertolak-ansur hinggakan dalam banyak keadaan menyebabkannya jatuh tergelongsor!

Sifat melampaui batas sebahagian masyarakat dan pemimpin bukan Melayu yang kini menjadi Menteri, Timbalan Menteri, wakil rakyat Parlimen dan Dun (bukan semua tetapi yang suka mengeksploitasi semangat ‘Malaysia Baru’) termasuk dalam isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar amat bercanggah dengan sistem nilai majoriti orang Melayu hari ini yang masih mengambil sikap, “aku perati je kau!”

Kulasegaran juga begitu cabul mulutnya apabila mengatakan, “transmigrasi (penghijrahan) adalah proses natural yang terjadi di seluruh dunia dan pelbagai kaum berhijrah mengikut keperluan semasa.”

Dinamika Melayu di Malaysia hari ini dengan keturunan datuk moyang Melayu dulu-dulu berhijrah masih dalam lingkungan Alam Melayunya lagi. Beza benar dengan orang India yang secara linguistik pun jauh sungguh jurangnya dengan Melayu.

Melayu di Malaysia walaupun keturunannya Bugis, Minang, Banjar, orang Kampar, Riau, mereka bukan berstatus pendatang sama tarafnya seperti orang India. Wallace pun tulis, “Orang-orang Kling dari India Barat”.

Tapi punyalah akomodatifnya keMelayuan itu, kalau kahwin dengan Cina, India atau orang kulit putih dan peluk agama Islam, sudah dipanggil Melayu seperti takrifan Melayu secara Perlembagaan.

Anak perempuan comel kepada aktres Rozita Che Wan hasil kahwin dengan suaminya yang beriras Mat Saleh tetap dipanggil Melayu. Ann Wan Seng kalau tiba generasi anaknya nanti yang kalau kahwin dengan Melayu jati, sudah secara budaya dipanggil Melayu, tiada lagi panggilan mualaf.

Eh, Kulasegaran sembang pasal India bukan pendatang ni, dia ada baca sajak Sasterawan Negara, Usman Awang berjudul ‘Melayu’ itu tak?

Jangan tak kenal siapa Usman Awang pula ketika sibuk bercakap tentang Malaysia, sudahlah! Sila baca dan fahamkan apa itu Melayu sebelum mahu kata India bukan pendatang:

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat

Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu,

Bugis itu Melayu,

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu,

Mamak dan Malbari serap ke Melayu,

Malah muallaf bertakrif Melayu

(Setelah disunat anunya itu).

Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali.

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh di cari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing.

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturahim hati yang murni

Maaf diungkap sentiasa bersahut

Tangan dihulur sentiasa disambut

Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran.

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu

Masihkah tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara merdeka.

Jadi, apabila Kulasegaran boleh pula mengajar rakyat Malaysia yang majmuk ini untuk, “Kita sama-sama berkongsi kehidupan di Malaysia,” sebenarnya Kulasegaran sendiri tidak bersikap apa yang diucap. Orang bukan Melayu rata-ratanya tak kongsi apa pun dengan Melayu walaupun Melayu sebelum merdeka sudah banyak berkongsi termasuk memberi taraf warganegara.

Kalau dia sama-sama berkongsi kehidupan di negara ini, maka tiada perlunya dia sembang mahu menyamatarafkan keberadaan orang India di negara ini dengan Melayu di tanah air yang asalnya dipanggil Semenanjung Tanah Melayu ini.

Melayu tak hinalah India, Cina, kita semua sudah sama berstatus warganegara Malaysia tapi janganlah India dan Cina bukan main galak mengungkit sejarah asal usul sedangkan sikap melampaui batas itu ibarat menepuk air di dulang, terpercik basah lenjun ke muka dan tubuh sendiri!

Sifat orang Cina juga pemimpin Cina DAP yang semacam menjadi ‘MCA dalam PH’ kena sedar diri juga akan fakta sejarah pendirian Tanah Besar China yang dikuasai komunis pada 1950-an sebelum sibuk menuntut itu, ini sampaikan paksa kerajaan beri dana pula kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) selepas menuntut UEC – produk SMPC diiktiraf untuk masuk universiti awam dan perkhidmatan awam. Apa ni? Itu kepentingan nasional ke kepentingan kaum yang kaya?

China sudah tegaskan taraf kewarganegaraan sebagai penentu muktamad nasional seseorang Cina. Maka orang keturunan dan berbudaya Cina di luar Tanah Besar China perlu memilih sama ada kekal sebagai warganegara China atau menjadi warganegara dia berhijrah.

Dalam konteks ini, orang Cina Indonesia sudah menjadi bangsa Indonesia fasih dan membudayakan bahasa kebangsaan negaranya walaupun sedang bersesak dalam LRT di Kuala Lumpur.

Tapi majoriti Cina Malaysia bahkan India Malaysia di LRT sama dengan tanpa jati diri sebagai bangsa Malaysia bebas cakap Cina dan Tamil tetapi kemudiannya terkial-kial (biasanya Cina, India ramai fasih) lidah cakap Melayu walau lahir dan sudah hidup lebih dari 3 generasi di Malaysia ini.

Itu yang Kulasegaran mahu cakap “kita sama-sama berkongsi kehidupan di Malaysia”? Kongsi apa? Makan di kedai mamak pun bayar asing-asing! Hah, tepokk!

Kulasegaran juga bukan Melayu generasi WeChat sekarang tidak patut membakar sentimen perasaan orang Melayu yang dikenali sebagai bangsa penyabar sebab Melayu ini berperadaban tinggi. Kulasegaran, pemimpin Cina DAP lain pun jangan hipokritlah ingatkan rakyat tidak rasis ketika kamu semua mahu menyuburkan sentimen rasis kaum masing-masing atas topeng ‘keadilan’, ‘hak asasi manusia’ bla bla bla…

Ingat. Melayu ini ada timbang rasa, ada budi bicara, budi bahasa, budi pekerti, akal budi tetapi orang kulit putih pun sudah memakai istilah ‘amok’ untuk menunjukkan sikap 360 darjah bangsa Melayu apabila berdepan dengan situasi yang terlalu menekannya.

Jadi, buat Kulasegaran, Teo Nie Ching, Wong Kah Woh, Ong Boon Piow – kebetulan semua DAP pulak tu! – peliharalah ucapkata tatalaku usah bersikap tidak segar akal budi, berbuat laku tidak tentu sampai jadi Malaysia Haru.

Jika sengaja berterusan menjolok sarang tebuan, kalau terus tegar mencurah minyak ke bara api, jangan terkejut melihat orang Melayu hatta penyokong PH BANGKIT membenamkan sifat angkuh sombong melampaui batas mendakwa kaum kamu peribumi di Malaysia atau memanggil Melayu sebagai bangsa pendatang.

Terima kasih sudi membaca sehingga noktah terakhir kuliah sosio budaya Malaysia Baru ini.

Leave a comment

KERJASAMA UMNO/PAS: MERANCANG UNTUK KALAH?

1. Kerjasama seperti ini di kalangan pembangkang adalah dialu-alukan.

2. Ia akan mendorong ke arah pembentukan sistem 2 parti lalu mengukuhkan pula sistem demokrasi kita.

3. Dalam pada itu, orang UMNO janganlah pula terus tertipu dengan propaganda ciptaan sendiri.

4. Contoh, menjelang PRU 12, 13 & 14, Luncai-luncai UMNO telah mendendangkan lagu kononnya BN akan menang dua pertiga. Lalu ramai yang rasa selesa; rupa-rupanya tertipu.

5. Sebaliknya, BN telah hilang 58 kerusi pada tahun 2008 (140), hilang lagi 7 kerusi pada tahun 2013 (133) dan terus terjun dengan labu-labunya  pada tahun 2018 (79).

6. Nampaknya UMNO bukan saja malas nak belajar dari kesilapannya yang lalu malah ingin terus seronok dengan Syok Sendiri Syndrome nya itu.

7. Cerita Luncai UMNO terbaru ialah kerjasama UMNO/PAS akan mampu mengalahkan PH. Sandaran propaganda Luncai ini ialah keputusan PRU 14.

8. Lalu ditunjukkanlah jumlah kerusi yg boleh dimenangi di peringkat DUN & Parlimen hasil kerjasama 2 parti tersebut.

9. Maka diumumkanlah yang negeri-negeri seperti Kedah, Perak, N9 dan Melaka akan berjaya ditawan. Ya, menurut lojik ini, ianya munasabah.

10. Lantas ditempekkan lagi bahawa Seri Perdana juga akan berjaya dimiliki ekoran dari 29 kerusi Parlimen yang boleh dimenangi nanti hasil kerjasama tersebut dengan menunjukkan formula ini: 79 (BN) + 18 (PAS) + 29 = 126! MENANG!

11. Nampak tak Luncai-luncai ni cuba kelecek bola propaganda mereka?

12. Naratif asalnya ialah kerjasama UMNO/PAS. 2 parti SAHAJA. Tetapi Formula / Matematiknya ialah BN/PAS.

13. Hendaklah difahami bahawa kedua-duanya itu memiliki 2 realiti politik yg berlainan.

14. Matematik UMNO/PAS ialah 54 (UMNO) + 18 (PAS) + 29 = 101 (KALAH)!

15. Jika dikeluarkan UMNO Sabah yang memang tak boleh menerima PAS, maka kerusi Parlimen UMNO hanya tinggal 46! (46 + 18 + 29 = 93). Lagi KALAH!

16. Sila teliti komen/reaksi Bung Mokhtar di sini.

https://m.malaysiakini.com/news/461982

17. Bagaimana pula di Sarawak yang mana UMNO tidak mempunyai tapak manakala PAS hanyalah umpama melukut di tepi gantang?

18. Justeru itulah awal-awal lagi saya telah menegaskan bahawa, setakat kerjasama UMNO/PAS, tanpa sokongan kaum-kaum lain + tanpa sokongan Sabah & Sarawak, menurut hukum akal, Seri Perdana TIDAK akan dapat diduduki. Ia merupakan usaha MERANCANG UNTUK KALAH.

https://twitter.com/Akbar_Ali/status/1086811148429680641?s=19

19. Lantaran disarankan agar Luncai-luncai ini berhentilah menipu diri dengan propaganda sendiri.

20. Ubahlah naratif dan usahakanlah formula baru yang jitu jika mahu berkuasa; bukan sekadar hendak menjadi pembangkang yang kuat. Jika masuk politik bukan tujuan untuk  berkuasa maka lebih baiklah masuk NGO.

Wallahualam.

DAA

30 Jan 2019

Leave a comment

ADA RUANG UNTUK GAJI PEKERJA SWASTA MELONJAK?

Diakui bahawa isu pasaran buruh adalah pelbagai dan kompleks. Ia dicengkam dengan isu-isu seperti pasaran yang tidak sempurna (imperfect market, distortions and mismatch), kurang pekerja yang berkemahiran, produktiviti buruh yang rendah, sikap pekerja yang negatif, diskriminasi, pengangguran, buruh asing dan banyak lagi. Justeru gaji pekerja yang rendah hanyalah sebahagian dari banyak masalah yang didepani oleh negara dan ianya saling berkait.

Isu pasaran buruh ini turut pula menjangkau ke bidang lain seperti struktur ekonomi, percukaian, perundangan dan pendidikan.

Saya ingin memberi perhatian kepada isu gaji pekerja iaitu lanjutan kepada perbincangan program Ruang Bicara bertajuk MEMPERKASA PEKERJA SEKTOR SWASTA pada 27 November lalu melalui Bernama News Channel (BNC).

Isu gaji pekerja adalah kritikal kerana golongan ini, seramai 10.5 juta orang, adalah merupakan golongan terbesar (82.8%) di kalangan golongan orang yang bekerja seramai 12.7 juta orang pada tahun 2017, menurut Laporan Survei Gaji & Upah (LSGU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM). Baki selebihnya itu adalah terdiri daripada majikan, bekerja sendiri dan pekerja keluarga tanpa gaji.

Justeru jika kerajaan ingin meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat sepertimana yang dipahatkan di Tonggak II, Kajian Separuh Penggal (KSP), RMK11 maka fokus hendaklah diberikan kepada golongan ini. Oleh kerana terdapat pula kira-kira 85% pekerja bergaji bekerja di sektor swasta maka tumpuan utama hendaklah diberikan kepada mereka ini. Baki 15% bekerja di sektor kerajaan, termasuklah GLC/GLIC.

Isu gaji melibatkan dua pihak utama iaitu di satu pihak, majikan yang membayar gaji dan di satu pihak lagi ialah pekerja yang menerima gaji atas perkhidmatan yang diberi. Antara dua pihak itu terdapatlah berbagai faktor yang menjadi input pertimbangan dalam menentukan gaji seseorang pekerja. Antaranya ialah kelulusan/kemahiran, jenis pekerjaan, pengalaman, produktiviti, penawaran dan permintaan, kekuatan syarikat dan lain-lain lagi.

Menurut LSGU yang sama, gaji purata dan gaji penengah pekerja warganegara Malaysia pada tahun 2017 adalah masing-masing sebanyak RM2,880 dan RM2,160 sebulan. Ini juga bermakna bahawa separuh daripada pekerja di negara kita mempunyai gaji di bawah RM2,160 sebulan.

Dalam pada itu, menurut JPM, sumbangan gaji & upah atau pampasan pekerja kepada Pendapatan Kasar Negara (PKN) adalah sebanyak 35.2% pada tahun 2017 manakala sumbangan lebihan operasi kasar (gross operating surplus) adalah sebanyak 60.0%. Baki 4.8% ialah cukai tolak subsidi.

Kerajaan, semasa membentangkan KSP, telah memberikan komitmen untuk meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 38.0% menjelang 2020. Dijangka kerajaan akan menyediakan roadmap yang konkrit untuk mencapai sasaran tersebut.

Diakui bahawa sasaran tersebut amatlah mencabar. Cabaran sudah pasti datangnya dari majikan, para pekerja dan industri keseluruhannya kerana, secara kasar, sasaran kenaikan gaji yang hendak dicapai itu adalah agak tinggi iaitu sekurang-kurangnya 9% setahun. Walau bagaimanapun, tetap ada ruang dan peluang untuk melonjakkan gaji pekerja.

Pertama sekali, menyegerakan penyusunan semula struktur ekonomi dari yang berasaskan tenaga buruh bergaji rendah kepada ekonomi yang dipacu oleh teknologi tinggi dan gajinya tinggi; khususnya berhijrah ke ekonomi digital atau IR4.0 / IR5.0. Kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai insentif untuk menggalakkan penghijrahan tersebut dan, pada masa yang sama, memperkenalkan pula tindakan dan instrumen yang tidak menggalakkan (disincentivise) pengambilan buruh asing.

Kedua, melaksanakan program latihan de-skilling, re-skilling and up-skilling secara agresif dan intensif agar pekerja kita yang berkemahiran (36.8%) jauh lebih ramai dari pekerja separuh mahir (55.0%) serta mampu memenuhi permintaan pasaran baru. Yang demikian gaji bulanan pun akan turut meningkat.

Lonjakan ini sudah pasti kerana, pada tahun 2017, menurut laporan Survei yang sama, gaji penengah pekerja mahir (RM3,600 sebulan) adalah 114% lebih tinggi dari gaji pekerja separa mahir (RM1,680 sebulan). Sekali gus boleh mencapai gaji kehidupan wajar (living wage) sebanyak RM2,700 sebulan bagi seorang dewasa yang tinggal di Kuala Lumpur, menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2017.

Untuk memantapkan inisiatif ini, disyorkan kerajaan memperkenalkan sistem pensijilan untuk memberikan pengiktirafan ke atas latihan yang diterima dan memudahkan penetapan gaji.

Pada masa yang sama, outcome program latihan ini sudah pasti akan menjana kenaikan
produktiviti buruh. Yang demikian, kenaikan gaji yang didorong oleh kenaikan produktiviti buruh sudah tentu tidak merugikan syarikat.

Perlu diakui bahawa tahap purata produktiviti buruh kita, menurut MPC, adalah rendah (USD64,061) jika dibandingkan dengan negara yang berpendapatan tinggi seperti Singapura (USD142,823). Justeru tahap produktiviti buruh kita perlulah dijulang untuk menyokong kenaikan gaji.

Pada masa yang sama, para majikan pula hendaklah bersedia mengubah mindset mereka dengan bersikap lebih berperi kemanusiaan iaitu bersedia menaikkan gaji dan sanggup pula mengurangkan margin keuntungan syarikat. Sesungguhnya ruang ini amatlah terbuka luas.

Jika kita bandingkan dengan banyak negara, sumbangan pampasan pekerja Malaysia kepada PNK jauh lebih kecil manakala sumbangan lebihan operasi kasar pula jauh lebih besar, sepertimana yang ditunjukkan dalam peta di bawah. Data ini boleh diinterpretasikan seolah-olah buruh kita ditindas manakalah majikan kita amatlah tamak dan zalim.

img-20181127-wa0005

Pada masa yang sama, usaha-usaha lain mestilah juga dilaksanakan untuk memastikan pasaran buruh adalah lebih sempurna, pelbagai bentuk diskriminasi dihapuskan, persekitaran pekerjaan adalah lebih kondusif serta kehidupan rakyat adalah lebih saksama dan sejahtera.

Untuk mencapai matlamat tersebut maka disyorkan Akta Kesaksamaan Peluang Pekerjaan digubal, Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang Pekerjaan diwujudkan dan Mahkamah Rayuan Perusahaan ditubuhkan.

Perbincangan tiga pihak (Tripartite) antara Kerajaan, Majikan Swasta dan Pekerja Swasta hendaklah disegerakan untuk merealisasikan matlamat ini.

Datuk Akbar Ali
Pakar Runding Ekonomi
Majlis Perundingan Melayu
1 Disember 2018

img-20181228-wa0003

Leave a comment

MELAYU MEREMPAT?

Pada 9 Mei 2018 terpahatlah sejarah getir tumbangnya kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia hampir 61 tahun. Bersamanya tumbanglah kuasa politik Melayu yang ditunjangi oleh parti UMNO.

Lalu  kita dengar tangisan dan sedu sedan yang diselang seli oleh jeritan kebangkitan Ketuanan Melayu. Kemudian kita dengar pula keinginan YB Dato’ Sri Najib hendak menceritakan tentang legasi ekonominya yang tidak kesampaian di Al Jazeera.

Legasi

Apakah legasi ekonomi yang telah beliau tinggalkan itu?

Beliau tentulah ingin mengenengahkan semua kejayaan yang telah diterokainya sepanjang tempoh 2009 – 2018 beliau menerajui pentadbiran negara. Sebagai contoh, pada tahun 2017, pertumbuhan ekonomi adalah tinggi iaitu 5.9% manakala kadar pengangguran dan kadar inflasi pula adalah rendah iaitu masing-masing 3.4% dan 3.7%.

Pendapatan rakyat telah dapat dijulang sebanyak 73%, dari purata RM4,028 sebulan pada tahun 2009 kepada RM6,958 sebulan pada tahun 2016. Kadar kemiskinan pula telah dapat dikurangkan dari 3.8% kepada hampir sifar (0.4%) dalam tempoh yang sama.

Dalam tempoh tersebut, secara makro, kedudukan orang Melayu nampaknya bertambah baik juga. Misalnya, purata pendapatan orang Melayu telah meningkat sebanyak 73%, dari RM3,624 sebulan kepada RM6,267 sebulan manakala kadar kemiskinan pula telah menurun dari 5.3% kepada 0.5% dalam tempoh yang sama.

Di peringkat mikro, terdapat kejayaan orang Melayu yang boleh dibanggakan. Ada yang jutawan dan ada beberapa orang lagi adalah billionaires.

Najib dan Idris Jala memang terkenal suka memperagakan angka yang cantik-cantik saja seolah-olah semuanya menarik belaka dan tiada satupun yang buruk.

Melayu Merempat

Oleh itu eloklah juga dikongsikan the other side of the coin, khususnya mengenai kedudukan orang Melayu yang jarang mendapat perhatian serius.

melayu merempat 1Sebahagian besar (kira-kira 70%) orang Melayu yang bekerja adalah bergantung hidup dengan makan gaji. Baki 30% adalah bekerja sendiri seperti menjadi petani dan nelayan serta bekerja dengan keluarga. Di kalangan bekerja sendiri itu pula, 70% adalah Melayu.

Di kalangan orang Melayu yang bekerja itu, hanya 3% sahaja yang menjadi majikan dan kira-kira 80% daripada mereka yang makan gaji pula adalah bukan dari kalangan pengurusan dan profesional.

Keadaan demikian tidaklah menghairankan kerana dua pertiga daripada pekerja Melayu tidak mempunyai kemahiran/separuh mahir. Justeru sebahagian besar dari kalangan pekerja am serta yang bergaji rendah dan tergolong dalam kumpulan B40 adalah orang Melayu.

Bagi orang Melayu yang berniaga, kira-kira 90% Perusahaan Kecil Melayu (PKS) mereka adalah bertaraf mikro.

Di kalangan penganggur pula, 70% adalah Melayu.

Yang demikian, tidak hairanlah bahawa 9 daripada 10 orang miskin dalam rekod e-Kasih adalah terdiri dari orang Melayu.

Lalu snapshots atau pandangan mata burung seperti yang dilakarkan di Carta 1 itu mengesahkan mimpi ngeri Allahyarham Aminuddin Baki yang kini menjadi realiti iaitu nasib orang Melayu seumpama “itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan”. Sah majoriti orang Melayu kini melarat dan merempat di tanah airnya sendiri! Inilah legasi Melayu merempat yang telah ditinggalkan oleh Najib!

Syor

Justeru apakah strategi dan pelan tindakan atau roadmap yang perlu dirangka untuk mengangkat martabat dan maruah Melayu ini?

Disyorkan strategi serampang empat mata dilaksanakan segera untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu. Diakui bahawa oleh kerana ruang di sini terhad maka keempat-empat strategi ini tidaklah dapat dihuraikan dengan mendalam di sini.

Pertama, terlebih dahulu hendaklah dibetul dan disusun semula keseluruhan struktur ekonomi kerana masalah ekonomi orang Melayu berkait rapat dengan masalah ekonomi negara. Kerajaan hendaklah segera mengubah struktur ekonomi dari labour intensive, low-wage economy kepada high tech-capital intensive, high-wage economy atau yang digelar IR4.0. Perubahan ini akan melonjakkan peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk direbut oleh semua rakyat secara saksama

Sesungguhnya ekonomi kita berada dalam keadaan sakit tenat. Bukti pertama ialah kadar pertumbuhan pekerjaan tidak mahir terus meningkat manakala kadar pertumbuhan pekerjaan mahir terus menurun dalam tempoh yang sama.

melayu merempat 2

Pada tahun 2006 – 2010, seperti yang dapat dilihat di Carta 2, purata kadar pertumbuhan  pekerjaan tidak mahir ialah 5.3% setahun. Ia meningkat kepada 7.0% setahun bagi tempoh 2011 – 2015. Antara dua tempoh tersebut, kadar pertumbuhan pekerjaan mahir pula menurun 50%, dari 5.2% setahun kepada 2.6% setahun!

Berkaitan dengannya, bukti kedua ialah syer pekerjaan baru tidak mahir melonjak manakala syer pekerjaan baru mahir pula merosot dalam tempoh yang sama.

Pada tahun 2002 – 2010, syer pekerjaan baru tidak mahir ialah 8.0%. Ia meningkat kepada 16.0% bagi tempoh 2011 – 2015. Antara dua tempoh tersebut, syer pekerjaan baru mahir pula menurun dari 45.0% kepada 37.0%!

Yang demikian, tidak hairanlah apabila purata kadar pertumbuhan produktiviti buruh, menurut MPC, turut merosot dari 2.8% setahun bagi tempoh 2003 – 2009 kepada 2.3% bagi tempoh 2010 – 2015.

Dalam keadaan yang sedemikian, walaupun gaji tahunan meningkat tetapi ianya masih lagi di tahap yang rendah. Sebagai contoh, pada tahun 2017, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, separuh daripada pekerja di Malaysia mendapat gaji bawah RM2,160 sebulan manakala separuh daripada pekerja tidak mahir pula mendapat gaji bawah RM1,200 sebulan. Untuk seseorang hidup sedikit selesa di Kuala Lumpur, menurut Bank Negara, ia memerlukan living wage sebanyak RM2,700 sebulan.

Strategi kedua ialah membasmi rasuah. Rasuah di Malaysia sudah menjadi barah. Kedudukan (ranking) kita, berdasarkan Corruption Perception Index telah menjunam dari tangga ke 37 pada tahun 2003 ke tangga 62 pada tahun lalu. Skor pula menurun dari 52 mata pada tahun 2014 kepada 47 mata pada tahun 2017.

Seperti yang diakui oleh Transparency International dan IMF, terbukti rasuah boleh merosakkan ekonomi dan melebarkan jurang kekayaan. Yang demikian ianya melaratkan rakyat, khasnya golongan B40 dan orang miskin yang mana majoritinya ialah orang Melayu.

Strategi ketiga ialah membetul dan memperbaiki pasaran buruh kerana sebahagian besar orang Melayu adalah makan gaji. Pertama sekali yang perlu dibetulkan, seperti yang telah diterangkan di atas, ialah menukar paradigma iaitu mengeluarkan lebih banyak pekerjaan mahir berbanding tidak mahir. Yang demikian, produktiviti buruh boleh meningkat dan gaji pun turut melompat.

Kedua, membetulkan masalah penawaran dan permintaan yang tidak sepadan. Contohnya, bagi tempoh 2001 – 2014, pertumbuhan bilangan graduan adalah sebanyak 9.2% setahun manakala pertumbuhan pekerjaan yang setaraf dengan graduan pula hanyalah 3.4% setahun dalam tempoh yang sama. Situasi ini mestilah dibetulkan segera.

Ketiga, buruh asing yang menimbulkan pelbagai angkara hendaklah ditangani segera. Antaranya, menurut Bank Negara, setiap 10 pekerjaan baru yang diwujudkan, 8 daripadanya disambar oleh mereka pada tahun 2016. Apakah peluang yang tinggal untuk rakyat Malaysia?

Keempat, isu pelbagai jenis diskriminasi kaum yang berleluasa di sektor swasta juga menuntut tindakan segera. Banyak kajian telah dibuat mengenainya. Antara hasil kajian yang popular ialah Discrimination of high degrees: race and graduate hiring in Malaysia oleh Hwok Aun Lee & Muhammed Abdul Khalid. Kajian ini menunjukkan graduan Melayu mengalami diskriminasi yang sangat buruk dan teruk.

Diskriminasi tersebut nampaknya mendapat perhatian kerajaan sekarang. Amatlah dihargai bahawa kerajaan kini telah memberikan komitmen akan “melarang sama sekali amalan diskriminasi oleh pihak majikan”, seperti yang terpahat di Para 84, Ucapan Belanjawan 2019. Namun kita perlulah pastikan bahawa apa yang tersirat bukanlah untuk menyerang kerajaan sebagai majikan. Sesungguhnya, yang menuntut tidakan segera dan tegas ialah majikan di sektor swasta.

Strategi keempat ialah melonjakkan penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan atau bekerja sendiri kerana peluang meraih kekayaan adalah lebih besar dan luas di sektor bukan makan gaji.

Pelaksanaan strategi ini menuntut satu raga pelan tindakan yang tersendiri dan holistik. Ia merangkumi, antara lain, keperluan mengkaji dan membetulkan mindset serta budaya orang Melayu, merangka campuran dasar (policy mix) yang betul, menjana pertumbuhan ekonomi yang saksama, berkongsi kemakmuran, membangunkan kapasiti (capacity building), menyediakan peluang akses kepada modal dan pasaran serta peluang menyertai rantaian penawaran (supply chain).

Jika dilaksanakan empat strategi di atas, inshaaAllah, Melayu yang kini melarat dan merempat akan terselamat.

IMG-20181224-WA0001

Datuk Akbar Ali

Pakar Runding Ekonomi

Majlis Perundingan Melayu

16 November 2018

Leave a comment

KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK11 – BETULKAN KEUTAMAAN!

1. Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK11 telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pada 18 Oktober lalu. Temanya “keutamaan dan penekanan baharu”. Betulkah demikian?

TONGGAK KSP

2. Asalnya RMK11 (2016 – 2020) berpaksikan 6 Teras Strategik dan 6 Pemacu Perubahan. Setelah dikaji semula, ianya telah diubahsuai lantas baki tempoh RMK11 ini (2018 – 2020) akan dipacu pula oleh 6 Tonggak.

3. Setelah diperhalusi 6 Tonggak tersebut, didapati 4 daripada 6 Teras Strategik lama itu masih dikekalkan dan diterima-pakai iaitu Teras Pertama (Memperkukuhkan inklusiviti), Teras Ketiga (Pembangunan Modal Insan), Teras Keempat (Pertumbuhan Hijau) dan Teras Keenam (Pertumbuhan Ekonomi).

4. Teras Kedua (Kesejahteraan Rakyat) dicantumkan dengan Tonggak II dan Teras Kelima (Memperkukuhkan Infrastruktur) dicantumkan dengan Tonggak VI dan diperkenalkan Tonggak I (Mereformasi Tadbir Urus) serta Tonggak III (Pembangunan Wilayah Yang Seimbaang).

5. Di samping 6 Tonggak berkenaan, dirangka pula Bidang Keutamaan dan Startegi masing-masing untuk merealisasikan setiap Tonggak itu. Diakui ianya memanglah cantik di atas kertas. Dan tidak ada masalah untuk menyokongnya kerana ianya sama sahaja maksud dan tujuannya dengan Teras Strategik dan Pemacu Perubahan yang asal. Saya anggap ini sebagai rebranding dan repackaging sahaja. Form and designnya berbeza tetapi substancenya sama.

SIAPA BACA?

6. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkanlah saya bertanya berapa ramaikah pegawai kanan dan ketua jabatan telah membaca dokumen perancangan seperti RMK11 dan Model Baru Ekonomi? Janganlah terkejut jika saya tegaskan ramai yang tidak pernah lihatpun kedua-dua dokumen tersebut.

7. Kalau ada pun dokumen berkenaan di pejabat, ramai yang tidak membacanya; termasuklah mereka yang berkhidmat di Putrajaya. Terdapat pegawai Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) pun tidak pernah membacanya.

8. Ini adalah hasil pengalaman saya sendiri. Kebanyakan mereka hanya ingin tahu jumlah peruntukan di bawah kementerian/jabatan masing-masing. Itu saja.

9. Justeru itu, apakah usaha pertama untuk mempastikan mereka membaca KSP ini, memahaminya dan melaksanakannya dengan betul dan penuh iltizam? Lebih-lebih lagi kita telah melalui 60 tahun berkerajaan yang mana kebanyakan kegagalan kita itu adalah disebabkan kesilapan pelaksanaan; bukannya kesilapan merancang.

10. Kesilapan itu berpunca dari kegagalan membaca serta memahami dokumen penting seperti KSP ini. Justeru itu, mestilah ada outcome-bssed jadual tersusun untuk memberi penjelasan mengenai kandungan KSP berkenaan; bukan semata-mata seperti road show biasa.

TONGGAK II / JURANG

11. Artikle saya ini lebih menumpukan kepada Tonggak II (Pembangunan Inklusif), khususnya usaha menangani jurang kekayaan / pendapatan.

12. Saya amatlah tertarik dan teruja bila mendengar komitmen hendak mewujudkan masyarkat yang inklusif dan merapatkan jurang kekayaan / pendapatan. Ramai mendendangkan isu yang sama.

13. Sesungguhnya isu jurang kekayaan ini merupakan isu global; bukan terhad di Malaysia atau negara miskin dan mundur sahaja. Ia turut menyerang negara maju seperti USA dan Perancis. Ia sudah diperdebatkan di Davos, diingatkan oleh Bank Dunia dan IMF serta diberi amaran oleh Transparency International dan sebagainya.

14. Di kalangan banyak suara yang menjerit itu, adakah mereka melaungkan perkara yang sama dan menepati sasaran?

15. Untuk memudahkan kefahaman, marilah kita kupas dan decompose sedikit isu jurang ini.

16. Secara kasar, jurang kekayaan / pendapatan terbahagi kepada dua. Pertama, jurang dalam kumpulan (intra group inequality) dan, kedua, jurang antara kumpulan (inter group inequality).

17. Dalam membicarakan jurang ini, dua isu lain iaitu isu pendapatan serta isu kemiskinan sangatlah berkait rapat.
18. Apakah senario tentang ketiga-tiga dimensi ini – pendapatan, kemiskinan dan jurang?

KEJAYAAN LALU

19. Kerajaan BN telah berjaya membasmi kemiskinan mutlak dengan melonjakkan pendapatan rakyat. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM), jumlah purata pendapatan kasar bulanan isi rumah telah melonjak dari RM264 (1970) kepada RM1,098 (1984), RM3,249 (2004), RM4,025 (2009) dan RM6,958 (2016).

20. Purata pendapatan kasar bulanan setiap kaum, bandar dan luar bandar telah turut melompat.

21. Kadar kemiskinan mutlak pula, menurut Jabatan yang sama, telah dapat dibasmi dari 49.3% (1970) kepada 20.7% (1984), 5.7% (2004), 3.8% (2009) dan hampir sifar 0.4% (2016). Begitu juga kadar kemiskinan setiap kaum, bandar dan luar bandar telah menurun.

22. Jurang pendapatan intra kumpulan (intra group inequality) iaitu jurang keseluruhan masyarakat Malaysia, menurut JPM lagi, telah turut dapat dikecilkan dari 0.513 (1970) kepada 0.483 (1984), 0.452 (2004), 0.440 (2009) dan 0.399 (2016), berdasarkan Pekala Gini (Gini Coefficient).

23. Demikian juga jurang intra pendapatan setiap kaum, bandar dan luar bandar telah menyusut.

24. Sayugia dimaklumkan, semakin kecil bacaan Pekala Gini itu maka semakin rapatlah jurang tersebut.

KEUTAMAAN KSP

25. Apakah keutamaan yang diberikan oleh kerajaan dalam menangani isu jurang ini? Dalam laporan KSP tersebut adalah jelas bahawa kerajaan masih memberikan keutamaan kepada merapatkan lagi jurang dalam kumpulan yang beransur mengecil.

26. Pendekatan yang diguna-pakai, antara lain, ialah membasmi kemiskinan mutlak yang sudahpun hampir sifar dengan menekankan usaha menaikkan pendapatan B40 di bawah jargon baru berkongsi kekayaan atau sharing prosperity.

27. Ya, kononnya berkongsi kekayaan melalui growth with equity ini adalah satu pendekatan baru untuk merapatkan jurang. Ia diperkenalkan oleh Bank Dunia pada tahun 2013. Namun pendekatan ini tidaklah menumpukan secara khusus kepada usaha merapatkan jurang antara (inter) kumpulan. Justeru manifestasi yang sama-sama dapat kita lihat ialah jurang inter kumpulan semakin melebar!

28. KSP mensasarkan pengecilan jurang intra kumpulan dari 0.399 kepada 0.385 manakala pendapatan purata bulanan B40 pula akan ditingkatkan dari RM2,848 kepada RM4,430 pada tahun 2020 nanti.

29. Apakah asas dan tujuan sasaran RM4,430 sebulan itu? Adakah kenaikan tersebut jauh leih pantas dari kenaikan pendapatan T20 dan M40 hinggakan mampu meraptakan jurang pedapatan antara 3 kumpulan berkenaan menjelng 2020 nanti?

30. Adakah tepat keutamaan tersebut? Adakah terdapat penekanan baharu dalam pendekatan itu?

31. Jawapannya ialah keutamaan PH adalah SAMA dengan keutamaan BN iaitu hanya mahu merapatkan jurang intra kumpulan yang beransur mengecil (reducing narrowing intra group gap). Tidak disebutpun pengecilan jurang inter kumpulan. Sasaran pendapatan bulanan T20 dan M40 tidakpun dinyatakan!

32. Pendekatan kerajaan PH juga adalah sama dengan kerajaan BN iaitu menambah pendapatan dan membasmi kemiskinan mutlak. Tidak disentuhpun kemiskinan relatif.

33. Mengapa boleh berlaku sedemikian?

34. Andaian saya ialah walaupun kerajaan telah bertukar iaitu ahli Jemaah Menteri sudah berubah tetapi majoriti pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyediaan KSP ini mungkin pegawai yang sama semasa menyediakan RMK11 dulu dengan mindset yang belum berubah. Lalu benarlah pandangan Albert Einstein, “We cannot solve our problems with the same thinking (people) we used when we created them”.

35. Telah terbukti bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak bersedia mendengar pandangan dan pendapat dari orang luar seperti saya sekalipun YAB Perdana Menteri masa itu telahpun dengan ikhlas mengakui bahawa era kerajaan tahu semua telah berakhir. Namun mereka tetap berpendirian bahawa seolah-olah mereka adalah serba tahu (omniscient)!

36. Pada bulan Jun 2015, saya telah menulis dan memberi penerangan kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan di EPU, ICU, MARA dan lain-lain lagi. Turut hadir YBhg Tan Sri Wahid Omar (Menteri yang menjaga EPU masa itu) dan YBhg Tan Sri Annuar Musa (Pengerusi MARA ketika itu).

37. Dengan jelas dan tegas saya katakan kerajaan merancang RMK11 untuk GAGAL kerana, mengikut unjuran saya, beberapa sasaran utama dalam RMK11 itu tidak akan tercapai.

38. Sasaran berkenaan ialah pertumbuhan ekonomi (5% – 6%), sumbangan pampasan pekerja kepada GDP (40%) dan jurang akan mengecil. Bolehlah baca tulisan saya itu di sini RMK11 – MERANCANG UNTUK GAGAL.

39. Sesungguhnya 5 tahun sebelum itu lagi, iaitu pada 29 Mei 2010, dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang mana saya adalah salah seorang ahli panelnya, saya telah mengunjurkan bahawa kumpulan bawahan akan semakin terpinggir dan jurang pendapatan antara kumpulan akan semakin melebar di bawah Model Baru Ekonomi.

40. Namun tidak siapapun yang kesah. Kini mimpi ngeri itu menjadi realiti. Bolehlah baca unjuran saya itu di sini Model Baru Ekonomi – Alat Menjajah Bumiputera dan lihat 3 carta yang turut disertakan di bawah.

41. Kini KSP sendiri telah meminda purata pertubuhan ekonomi kepada 4.5% – 5.5% setahun dan sumbangan pampasan kepada GDP sebanyak 38%. KSP setuju jurang intra kumpulan akan mengecil (0.385).

42. Unjuran saya pula ialah purata pertumbuhan ekonomi bagi tempoh 2016 – 2020 adalah bawah 5% manakala sasaran 38% itu tidak akan tercapai. Jurang intra kumpulan akan mengecil manakala antara kumpulan akan terus melebar, kecuali ekonomi merudum.

43. Sekaramg eloklah kita tanya apakah sebenarnya keutamaan yang lebih tepat dan apakah pula penekanan baharu yang wajar diperkenalkan? Dari segi masa (timing), sekaranglah tempoh yang amat sesuai untuk menukar keutamaan dan memperkenalkan penekanan baharu sempena Malaysia Baru.

SYOR

44. Untuk melaksanakan Tonggak II, saya syorkan perubahan dari segi keutamaan dan penekanan seperti berikut.

45. Pertama sekali, kerajaan sendiri hendaklah sejujur-jujurnya mengakui bahawa ketidak-seimbangan / jurang kekayaan adalah isu terbesar di samping isu rasuah yang melanda negara ini.

46. Masalah kembar Siam inilah yang boleh merosakkan negara jika ianya terus dibiarkan kerana kedua-duanya tidak kondusif kepada pertumbuhan ekonomi mapan, sepertimana yang telah dibuktikan oleh kajian yang telah dilaksanakan oleh IMF.

47. Justeru kerajaan hendaklah gap-centric dari segi falasafah dan pendekatan serta very passionate dalam menangani dan mendepani isu ini; bukannya secara lip service, sepertimana di masa dahulu.

48. Kedua, kerajaan hendaklah melebihkan usaha merapatkan jurang inter kumpulan yang melebar semula sejak 2009, sepertiman yang dapat dilihat dari ketiga-tiga carta berkenaan, di samping meneruskan usaha merapatkan jurang intra kumpulan yang sudah beransur mengecil (berdasarkan ukuran Gini Coefficient) kepada bawah 0.300.

49. Ketiga, sehubungan dengan perubahan keutamaan tersebut, maka kerajaan hendaklah mengorientasikan semua dasar, program adan aktivitinya ke arah keutamaan merapatkan jurang berkenaan; bukan hanya fokus kepada usaha menambah pendapatan B40 dan setiap dua tahun sekali melaksanakan kajian / survey ke atas pendapatan isi rumah (HIS) semata-semata, misalnya.

50. Lantaran disarankan kerajaan hendaklah memberi tumpuan kepada (a) usaha mengukuhkan lagi institusi (institutional strengthening) agar jenetra kerajaan lebih berupaya, cekap dan berkesan untuk membantu golongan yang terpinggir ini serta (b) merangka program yang boleh membina kapasiti, daya saing dan daya tahan golongan yang sama itu.

51. Di samping itu, kerajaan hendaklah juga merangka dasar dan program untuk (a) memperluas serta meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perlindungan sosial kepada golongan bawahan ini, (b) menambah / memperluaskan progressive taxation dan mengurangkan regressive taxation serta (c) melebar dan mengukuhkan lagi hak pekerja.
52. Dalam pada itu, kerajaan hendaklah mempastikan hasil yang bertambah itu diuruskan secara berhemah, mengurangkan ketirisan dan pembaziran serta mengagihkannya pula secara adil / equitable.

53. Syor-syor lain bolehlah dipetik dari buku The Color of Inequality dan artikel Mind The Gap hasil tulisan Dr Muhammad Khalid, Penasihat Ekonomi kepada YAB Perdana Menteri.

54. Keempat, sehubungan itu, kerajaan hendaklah mendapatkan gambaran yang lengkap tentang pemilikan keseluruhan kekayaan yang merangkumi pemilikan aset kewangan dan aset bukan kewangan.

55. Sudahkah kajian pemilikan kekayaan dilaksanakan di Malaysia, sepertimana yang diusahakan oleh Oxfam International (OI)? Kajian OI mendapati bahawa 82% daripada keseluruhan kekayaan dunia yang dihasilkan pada tahun lepas telah dibolot dan dirampas oleh 1% orang kaya yang teratas manakala 50% penduduk dunia yang terbawah tidak mendapat apa=apa pun! Bagaimanakah pula keadaannya di negara kita?

56. Data terakhir mengenai jurang pemilikan financial and non financial assets yang saya perolehi adalah bagi tahun 2009 dan 2012.

57. Pemilikan ekuiti Bumiputera pada tahun 2012, menurut EPU, adalah sebanyak 23.05%. Pemilikan Bumiputera equity with management control tidak diketahui.

58. Data non financial assets pula menunjukkan bahawa bukan saja pemilikan Bumiputera adalah kecil malah ianya merosot pula. Contoh, bagi tempoh 2 tahun tersebut, pemilikan detached factory oleh Bumiputera merosot dari 13.8% kepada 9.3%; commercial buildings mengecil dari 5.8% kepada 5.4% dan industrial complex pula menyusut dari 3.1% kepada 0.2%, menurut Dr Muhamad Khalid.

59. Atas prinsip ketelusan dan akauntabiliti, eloklah kerajaan menjelaskan sebab-sebab mengapa ia tidak membentangkan data terkini mengenai pemilikan ekuiti with management control mengikut kaum, sepertimana yang dirancang di bawah RMK11?

60. Anehnya, dalam KSP, sasaran pertumbuhan pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang 2020 telah ditetapkan sebanyak 11% setahun. 11% daripada berapa berapa banyak?

61. Kerajaan juga hendaklah memaklumkan sebab-sebab mengapa ia tidak membentangkan data pemilikan aset kewangan dan aset bukan kewangan mengikut kaum serta bilangan professional mengikut bidang dan kaum masing-masing, seperti yang pernah diamalkan sebelum ini?

62. Kelima, kerajaan hendaklah melakukan anjakan paradigma dalam penggunan theoretical construct iaitu menerima-pakai theoretical construct yang baru atau tambahan kepada apa yang sedia diguna-pakai.

63. Sebagai contoh, sejajar dengan kedudukan kita yang kini berada di kalangan Very High Human Development Countries, menurut ukuran Human Development Index (HDI) dan selari pula dengan hasrat kita hendak menjadi sebuah negara maju, maka kerajaan hendaklah mengutamakan pembasmian kemiskinan relatif (Relative Poverty), bukannya kemiskinan mutlak (absolute poverty) yang sudahpun hampir sifar. Konsep kemiskinan mutlak ini lebih sesuai diguna-pakai oleh negara-negara kurang maju (LDCs).

64. Diperhatikan kemiskinan relatif masih tinggi dan terus pula meningkat. Buktinya, pada tahun 2014, kemiskinan relatif ialah pada kadar 15.6%; meningkat kepada 15.9% pada tahun 2016, menurut JPM.

65. Sehubungan penekanan kepada kemiskinan relatif itu maka contoh kedua theoretical construct yang perlu diimbangi ialah penekanan terhadap klas pendapatan seperti T20, M40 dan B40.

66. Diakui bahawa klassifikasi pendapatan seperti ini ada faedahnya, terutama dalam memantau syer pendapatan mengikut kelas pendapatan. Namun ia ada bahayanya iaitu kerajaan boleh terperangkap dengan klassifikasi tersebut sekalipun negara sudah sangat maju kerana klassifikasi berkenaan akan tetap kekal selagi ada matahari dan bulan!

67. Lantaran itu, berkait rapat antara contoh pertama dan kedua tersebut, maka sasaran keutamaan dan penekanan kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan hendaklah berganjak dari B40 kepada mereka yang tergolong sebagai miskin relatif.

68. Contoh ketiga pula ialah mengenai nilai garis kemiskinan pendapatan (PLI). Ianya dilihat sudah jumud dan hendaklah dinaikan sejajar dengan taraf hidup sekarang. Eloklah ianya selari dengan konsep living wage.

69. PLI bagi isi rumah (purata 4 orang) Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM960 sebulan, menurut JPM. Living wage bagi Kuala Lumpur adalah sebanyak RM6,500 sebulan bagi suami isteri yang ada 2 orang anak, menurut BNM; perbezaannya 7 kali ganda!

70. Contoh keempat ialah menambah penggunaan measurements untuk mengukur jurang. Misalnya mengguna-pakai simple line graphs dan nilai mutlak dalam mengukur jurang untuk compliment penggunaan Gini Coeffocient dan metod nisbah.

71. Disedari bahawa motif menggunakan kedua-dua ukuran tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa jurang telah mengecil. Misalnya, penggunaan metod nisbah menunjukkan jurang antara luar bandar dan bandar telah mengecil dari 1:1.78 pada tahun 2014 kepada 1:1.76 pada tahun 2016, menurut JPM.

72. Namun carta di bawah, berdasarkan nilai mutlak, menunjukkan sebaliknya.

73. Mungkin JPM boleh membantu menghurai dan merongkai perbezaan tersebut.

74. Berdasarkan data-data yang saya paparkan di atas, terbukti bahawa kerajaan lepas telah gagal untuk mencapai objektif dan sasaran untuk merapatkan jurang inter kumpulan.

75. Syabas kerajaan sekarang komited untuk merapatkan jurang tersebut. Malangnya, seperti yang saya huraikan di atas, kerajaan masih mahu menggunakan pendekatan dan kaedah yang sama untuk merapatkan jurang inter kumpulan manakala kaedah tersebut telahpun terbukti gagal. Ingatlah apa yang diperli oleh Albert Einstein – Doing the same thing over and over again and expecting different result is lunatic.

76. Saya juga kurang yakin tentang kejayaan yang hendak dikejar itu sebab apa yang sebenar hendak dilaksanakan itu adalah kurang jelas. Yang tertulis setakat motherhood statements. Apatah pula jika buku ini tidak akan dibaca oleh kebanyakan ahli politik dan para pegawai, sepertiman yang saya tuliskan di awal tadi.

77. Walau apapun, kerajaan masih ada ruang dan peluang untuk meneroka kejayaan baru dengan melakukan perubahan dari segi keutamaan dan penekanan sebenar, sepertimana yang saya sarankan itu.

DAA
24 Oktober 2018.

Leave a comment

TALKING POINTS ULASAN KSP RMK11

YB Dato’ Speaker,

Terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana diberi peluang.

Tahniah kepada YAB PM kerana berjaya membentangkan KSP ini dengan jelas dan mudah difaham. Dokumen ini turut dihiasi dengan inforgrafik yang menarik. Malangnya tulisannya kurang mesra bagi mereka yang kurang tahap penglihatan. Jika mahu lebih ramai rakyat membacanya, sepatutnya hal ini pun patut diberi perhatian.

KEJAYAAN BN

Sebelum saya turut serta membahaskan KSP ini, izinkan saya merekodkan di Dewan yang mulia ini bahawa PH telah mengambil alih Malaysia dari BN sebuah negara yang megah dan mantap dalam banyak aspek.

Pertama, PH tidak mendapat sebuah negara yang huru hara seperti Afghanistan dan Somalia melainkan sebuah negara yang aman damai. Tahap keamanannya tinggi iaitu berada di kedudukan ke 29 di kalangan 163 buah negara, sepertimana yang diukur oleh Global Peace Index 2016.

Kedua, PH mendapat sebuah negara yang telah berjaya dimajukan oleh BN iaitu berada di tahap upper middle income level, sepertimana yang diukur oleh Bank Dunia. Nilai GDPnya sebanyak RM5 bilion pada tahun 1957 telah melonjak ke RM1.3 trilion pada tahun 2017 dan pendapatan per kapita pula sebanyak RM41,093.

Berdasarkan Human Development Index 2017, Malaysia berada di tangga ke 57 di kalangan 189 buah negara iaitu Top 30% dan digulongkan di bawah kategori Very High Human Development iaitu setara dengan negara-negara maju yang lain seperti USA, UK dan Jepun.

Ketiga, bukan sahaja negara bertambah maju malah rakyat turut bertambah makmur. Antara buktinya ialah pendapatan rakyat telah melompat dari RM264 sebulan pada tahun 1970 kepada RM6,958 sebulan pada tahun 2016 dan kadar kemiskinan telah berjaya dibasmi dari 49.3% pada tahun 1970 kepada hampir sifar (0.4%) pada tahun 2016 manakala kadar pengangguran dan inflasi pula kekal rendah iaitu masing-masing pada tahap 3.4% dan 2.9% pada tahun 2017.

Keempat, negara juga kukuh dari segi pengurusan kewangannya. Kutipan hasilnya terus meningkat dan pada tahun 2017 nialainya adalah sebanyak RM225.3 bilion dan nilai rizab sebanyak USD109 bilion pada 13 Mei 2018 manakala tahap hutang negara adalah 50.8% dan defisit fiskal pula sebanyak 3.0% yang mana masing-masing kekal berada di bawah threshold sebanyak 55% daripada nilai GDP dan 15% dari jumlah hasil kerajaan.

TONGGAK KSP

RMK11 berpaksikan 6 Teras Strategik dan 6 Pemacu Perubahan. Setelah dikaji semula, ianya telah diubahsuai lantas baki tempoh RMK11 ini (2018 – 2020) akan dipacu pula oleh 6 Tonggak.

Setelah diperhalusi, didapati 4 daripada 6 Teras Strategik lama itu masih dikekalkan dan diterima-pakai iaitu Teras Pertama (Memperkukuhkan inklusiviti), Teras Ketiga (Pembangunan Modal Insan), Teras Keempat (Pertumbuhan Hijau) dan Teras Keenam (Pertumbuhan Ekonomi).

Teras Kedua (Kesejahteraan Rakyat) dicantumkan dengan Tonggak II dan Teras Kelima (Memperkukuhkan Infrastruktur) dicantumkan dengan Tonggak VI dan diperkenalkan Tonggak I (Mereformasi Tadbir Urus) serta Tonggak III (Pembangunan Wilayah Yang Seimbaang).

Di samping 6 Tonggak tersebut, dirangka pula Bidang Keutamaan dan Strategi masing-masing untuk merealisasikan setiap Tonggak itu. Memanglah cantik di atas kertas. Dan tidak ada masalah untuk menyokongnya kerana sama sahaja maksud dan tujuannya dengan Teras Strategik dan Pemacu Perubahan yang asal. Saya anggap ini sebagai rebranding dan repackaging sahaja. Formnya berbeza; substancenya sama.

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkanlah saya bertanya berapa ramaikah pegawai kanan dan ketua jabatan telah membaca RMK11 dan Model Baru Ekonomi? Janganlah terkejut bahawa ramai yang tak lihatpun kedua-dua buku tersebut.

Kalau ada pun buku berkenaan di pejabat, ramai yang tidak membacanya; termasuklah mereka yang berkhidmat di Putrajaya. Ada pegawai UPEN pun tak pernah membacanya.

Ini adalah hasil pengalaman saya sendiri. Yang mereka ingin tahu hanyalah peruntukan di bawah kementerian/jabatan masing-masing. Itu saja.

Justeru itu, apakah usaha pertama untuk mempastikan mereka membaca KSP ini, memahaminya dan melaksanakannya dengan betul dan penuh iltizam? Lebih-lebih lagi kita telah melalui 60 tahun berkerajaan yang mana kebanyakan kegagalan kita itu adalah disebabkan kesilapan pelaksanaan; bukannya kesilapan merancang.

Tonggak I (Mereformasi Tadbir Urus)

Sesungguhnya sasaran untuk memperbaiki tadbir urus serta meningkatkan lagi kecekapan sistem pencapaian sektor awam merupakan mantra tahunan sejak dahulu lagi. Antara lain, diperkenalkan Fail Meja, Manual Prosidur Kerja (MPK), Sasaran Kerja Tahunan (SKT), ISO, KPI, NBOS, Akta SPRM 2009 dan lain-lain lagi.

Tepat sekali kerajaan memberi keutamaan kepada sektor awam ini sebagai Tonggak Pertama kerana jentera kerajaan adalah penggerak dan pemudahcara dalam semua urusan di negara kita. They are there to serve and to facilitate, not to frustrate.

Diakui memanglah ada peningkatan seperti yang dapat kita sama-sama saksikan dari pembinaan infrastruktur, perkembangan pendidikan, peningkatan kualiti kesihatan dan pertumbuhan ekonomi. Semua kejayaan ini adalah hasil perkhidmatan penjawat awam, di samping sumbangan sektor swasta. Namun ianya masih jauh dari sasaran dan harapan. Malah dalam bidang tertentu, kedudukan kita bertambah buruk pula.

Sebagai contoh, berdasarkan Ease of Doing Business, kedudukan atau ranking kita bertambah buruk. Dari tangga ke 6 pada tahun 2014, kita telah menjunam ke tangga ke 18 pada tahun 2016 dan terus turun ke tangga ke 24 pada tahun 2018. Apa yang mengejutkan ialah ranking Malaysia berhubung Starting a Business, misalnya, berada di tangga ke 111 dari kalangan 190 buah ekonomi! Memalukan.

Urusan memulakan perniagaan ini sudah tentu berkait rapat dengan jabatan / agensi kerajaan seperti SSM, PBT, TNB, Bekalan Air dan sebagainya. Adakah mereka baca Ease of Doing Business ini? Adakah ketua jabatan berkenaan tahu kedudukan yang teruk ini? Kalau ada baca dan tahu, apakah tindakan remedi yang telah diambil?

Seterusnya mengenai rasuah yang hendak diperangi. Saya sokong usaha murni ini. Dari satu segi segi, kita bolehlah berbangga bahawa kita berada dalam lengkungan satu pertiga teratas/terbaik di kalangan 180 buah negara iaitu di tangga ke 62 mengikut Corruption Perception Index (CPI).

Dari satu sudut lain pula, kita patut berasa malu bahawa ranking kita terus menjunam sejak tahun 2003 iaitu dari tangga ke 37 ke tangga ke 62 pada tahun 2017. Bukan saja rangking merosot malah score juga menurun; dari 52 mata ke 47 mata dalam tempoh yang sama.

Berbanding dengan China, India dan Indonesia, kita adalah yang paling teruk kerana berada dalam arah aliran menurun yang berterusan sekalipun ranking kita kekal tertinggi.

Rasuah ini memanglah musuh negara kerana ia memberi impak negatif ke atas kecekapan jentera kerajaan, meningkatkan kos pengeluran / perkhidmatan, melebarkan jurang kekayaan serta merosakkan masyarakat dan sebagainya. Justeru ia patutlah diperangi.

Lantaran itu, kerajaan telah melaungkan supaya nilai-nilai murni yang terdapat dalam prinsip GITAR iaitu Governance, Integrity, Transparency, Accountability and Responsibility didakap dan dipeluk erat. Saya turut yakin akan resepi ini.

Lantas dengan berani kerajaan menetapkan tangga ke 30 dalam indeks CPI sebagai sasaran menjelang tahun 2020. Satu sasaran yang amat ambitious. Bahkan ianya tidak munasabah.

Saya tidak mencabar teori dan garis panduan yang dipahatkan di bawah Bidang Keutamaan dan Strategi tersebut. Persoalan yang menghantui saya ialah apakah yang hendak dilakukan oleh kerajaan PH hingga mampu mengubah mindset 1.6 juta warga sektor awam yang ditohmahkan korup, malas, tidak cekap dan sebagainya hinggakan boleh bertukar dan sedia menganuti dan melaksanakan GITAR itu?

Saya bertanya soalan ini kerana saya tidak mahu apa yang dibentangkan Jumaat lalu hanya tinggal retorik seperti di masa lalu manakala 1.6 juta pegawai kerajaan terus kekal dengan budaya kerja mereka yang sudah sebati itu.

Tonggak II (Memperkukuhkan Pembangunan Inklusif & Kesejahteraan Rakyat)

Tertarik dan teruja bila mendengar komitmen hendak mewujudkan masyarkat yang inklusif dan merapatkan jurang kekayaan / pendapatan.

Syukur kerajaan BN telah berjaya membasmi kemiskinan mutlak dengan melonjakkan pendapatan rakyat. Purata pendapatan kasar bulanan isi rumah telah melompat dari RM264 (1970) kepada RM3,249 (2004), RM4,025 (2009) dan RM6,958 (2016).

Kadar kemiskinan pula telah dapat dikurangkan dari 49.3% (1970) kepada 5.7% (2004), 3.8% (2009) dan hampir sifar 0.4% (2016).

Jurang intra kumpulan (intra group inequality) telah turut dapat dikecilkan dari 0.513 (1970) kepada 0.452 (2004), 0.440 (2009) dan 0.399 (2016), berdasarkan Pekala Gini (Gini Coefficient).

Tahniah kepada kerajaan BN di atas kejayaan cemerlang ini.

Dalam kita berbangga dengan kejayaan tersebut kita jangan pula abaikan kelemahan / kelompangan yang masih ada. Ia menuntut perhatian supaya di atasi segera.

Pertama, kemiskinan relatif (Relative Poverty) masih tinggi dan terus meningkat. Contoh, pada tahun 2014, kemiskinan relatif ialah pada kadar 15.6%; meningkat kepada 15.9% pada tahun 2016.

Kedua, jurang pendapatan antara kumpulan (inter group income inequalities) dari segi nilai mutlak (absolute values) pula telah melebar semula sejak 2009 dan terus melebar pada tahun 2016. Misalnya, jurang antara kaum, jurang antara bandar dan luar bandar serta jurang antara T20, M40 dan B40 semuanya melebar; bukannya menguncup. Contoh, jurang antara Cina / Bumiputera telah melebar 79%, dari RM1,387 (2009) kepada RM2,483 (2016). Jurang antara bandar / luar bandar pula melebar 53%, dari RM2,160 kepada RM3,312 dalam tempoh yang sama.

Ketiga, mengenai jurang pemilikan financial and non financial assets. Data terakhir yang saya perolehi adalah bagi tahun 2009 dan 2012.

Pemilikan ekuiti Bumiputera pada tahun 2012 adalah sebanyak 23.05%. Pemilikan Bumiputera equity with management control tidak diketahui.

Data non financial assets pula menunjukkan bahawa bukan saja pemilikan Bumiputera adalah kecil malah ianya merosot pula. Contoh, bagi tempoh 2 tahun tersebut, pemilikan detached factory oleh Bumiputera merosot dari 13.8% kepada 9.3%; commercial buildings mengecil dari 5.8% kepada 5.4% dan industrial complex pula menyusut dari 3.1% kepada 0.2%.

Berdasarkan data-data berkenaan, terbukti kerajaan telah gagal untuk mencapai objektif dan sasaran untuk merapatkan jurang.

Syabas kerajaan mengakui jurang melebar dan mahu merapatkan jurang tersebut; malangnya kerajaan masih mahu menggunakan kaedah yang sama untuk merapatkan jurang dan kaedah tersebut telah terbukti gagal. Ingatlah apa yang diperli oleh Albert Einstein – Doing the same thing over and over again and expecting different result is lunatic.

Contoh, pertama, kerajaan masih menekankan usaha menaikkan pendapatan B40 di bawah jargon baru berkongsi kekayaan atau sharing prosperity, bukan menumpukan secara khusus kepada usaha merapatkan jurang.

Kedua, memberi perhatian kepada kemiskinan mutlak, bukan kepada kemiskinan relatif. Ketiga, masih mengguna-pakai kaedah measurements yang sama seperti Gini Coefficient dan ratio method tanpa complementing dengan kaedah lain seperti simple line graphs.

Kedua-dua methods tersebut menunjukkan INTRA inequalities mengecil sedangkan hakikat sebenar yang lebih serius iaitu INTER group inequalities adalah melebar. Jelas tiada anjakan paradigma atau paradigm shift. Maka akan gagallah sekali lagi.

Saya juga kurang yakin tentang kejayaan yang hendak dikejar itu sebab apa yang sebenar hendak dilaksanakan itu adalah kurang jelas. Yang tertulis setakat motherhood statements. Apatah pula jika buku ini tidak akan dibaca oleh kebanyakan ahli politik dan para pegawai.

Seterusnya, saya ingin mendapat penjelasan:

Sebab-sebab mengapa kerajaan tidak memberi perhatian kepada kemiskinan relatif, jurang pendapatan antara kumpulan dan jurang pemilikan aset kewangan dan bukan kewangan antara kaum?

Sebab-sebab mengapa kerajaan tidak membentangkan data pemilikan ekuiti with management control mengikut kaum yang terkini? Tolong bentangkan di dewan yang mulia ini. Lebih-lebih lagi sasaran pertumbuhan pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang 2020 telah ditetapkan sebanyak 11% setahun. 11% daripada berapa?

Sebab-sebab mengapa kerajaan tidak membentangkan data bilangan professional mengikut bidang dan kaum masing-masing? Mohon bentangkan data terkini di dewan yang mulia ini mengikut nisbah kaum masing-masing.

KSP turut mensasarkan sekurang-kurangnya 60% penyertaan Bumiputera dalam kategori pekerjaan mahir. Adakah kerajaan sedar bahawa kira-kira 75% pekerja Bumiputera adalah tidak berkemahiran?

Adakah kerajaan sedar bahawa kadar pertumbuhan pekerjaan mahir telah merosot dari 5.2% bagi tempoh 2006 – 2010 kepada 2.6% bagi tempoh 2011 – 2015 manakala syer pekerjaan mahir juga telah mengecil dari 45% kepada 37% dalam tempoh yang sama?

Justeru di bawah lanskap pasaran buruh sedemikian itu, bagaimanakah dalam masa 2 tahun ini kerajaan boleh mampu hendak mencapai sasaran 60% tersebut? Cuba cerita sikit.

TONGGAK IV (MEMPERKASA MODAL INSAN)

Dalam usaha untuk memperkasa modal insan maka isu-isu seperti permintaan dan penawaran pasaran buruh, kemahiran, pertumbuhan pekerjaan baru, produktiviti buruh dan gaji menuntut perhatian.

Berhubung pasaran buruh yang ada kaitan dengan perkembangan ekonomi sesebuah negara, kita semua tahu bahawa kita hendaklah segera berganjak ke arah digital economy / IR4.0. Menurut Malaysia Economic Monitor terkini yang dikeluarkan oleh World Bank,  “The level of digital adoption by people and government is high, but the country lags behind international peers in terms of digital adoption by businesses”. Lantas apakah langkah-langkah yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan level of adoption tersebut?

Dalam pada itu, sudah berjalankah proses re-skilling and up-skilling yang berterusan di kalangan tenaga pengajar kita? Tanpa tenaga pengajar yang berkemahiran terkini maka sasaran yang hendak dicapai itu tidak akan dicapai. Sudah dibuat Manpower Audit dan Gap Analysis dan apakah hasil audit / analysis tersebut?

Adakah kerajaan sedar bahawa ekonomi kita selama ini lebih mengutamakan pekerja tidak mahir? Sebagai contoh, pertumbuah pekerjaan tak mahir lebih tinggi dan terus meningkat, dari 5.3% setahun (2006 – 2010) kepada 7.0% setahun (2011 – 2015) berbanding pekerjaan mahir yang terus menurun, dari 5.2% setahun kepada 2.6% setahun dalam tempoh yang sama.

Yang demikian, syer pekerjaan tak mahir juga terus berkembang, dari 8% (2002 – 2010) kepada 16% (2011 -2015) manakala syer pekerjaan mahir pula menguncup dari 45% ke pada 37% dalam tempoh yang sama.

Sesungguhnya kita boleh berbangga dengan banyaknya jawatan baru telah diwujudkan. Dalam pada itu, bolehkah kita berbangga jika hampir 90% jawatan baru tersebut adalah dalam kategeri pekerjaan asas yang bergaji rendah? Bolehkah kita senyum jika 82% pekerjaan baru berkenaan disambar oleh pekerja asing pada tahun 2016, sepertimana yang dilaporkan oleh BNM?

Diperhatikan juga bahawa pertumbuhan ekonomi kita telah menurun dari 5.3% setahun di bawah RMK10 (2011 – 2015) kepada 5.1% setahun dalam tempoh 2016 – 2017 manakala purata pertumbuhan produktiviti buruh pula telah meningkat dari 1.6% setahun kepada 3.7% setahun dalam tempoh yang sama. Adakah data ini memberi makna bahawa output buruh kita mempunyai nilai tambah yang lebih rendah? Jika benar, maka ia menuntut perhatian yang serius dan segera.

Seperti yang baru disebutkan sebentar tadi, purata pertumbuhan produktiviti buruh dalam tempoh 2016 – 2017 adalah sebanyak 3.7% setahun. KSP pula mengunjurkan 2.9% setahun bagi tempoh 2018 – 2020. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pertumbuhan tersebut menurun?

Pada tahun 2017, menurut MPC, pertumbuhan produktiviti buruh adalah 3.8% manakala gaji penengah, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ialah RM2,160 sebulan dan sumbangan pampasan pekerja kepada GNI hanyalah 35.2%.

Walau bagaimanapun, kerajaan dengan berani mengunjurkan sumbangan pampasan pekerja kepada GNI akan meningkat kepada 38% pada tahun 2020 sedangkan pertumbuhan purata produktiviti buruh diunjurkan hanyalah 2.9% dan gaji penengah sebanyak RM2,400 sebulan pada tahun 2020.

Mohon maklumkan kepada Dewan yang mulia ini unjuran nilai GNI pada tahun 2020 mengikut 3 komponen yang terkandung di dalamnya. Terus terang saya katakana bahawa berdasarkan angkubah-angkubah yang saya sebutkan tadi, saya kurang yakin sasaran 38% tersebut boleh dicapai.

DAA
21 Oktober 2018.

Leave a comment

Isu Kewangan Negara

Ribuan terima kasih kepada YB Dato’ YDP kerana memberi saya peluang menyertai perbahasan ini..

Saya turut mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan di atas pencerahan yang telah diberikan oleh YB Menteri Kewanagn tentang scenario kewangan negara kita.

Mohon beri saya peluang untuk highlight 4 perkara berikut.

Pembatalan Kontrak & Kelewtan Bayaran

Pertama adalah mengenai keputusan atau arahan MOF:

a) yang membatal atau menagguhkan projek yang telah diluluskan tetapi belum dilaksanakan,

b) menghentikan projek yang telah berjalan bawah 15%, dan

c) kelewatan membayar kerja yang telah disiapkan atau perkhidmatan yang sudahpun diberikan. Saya dimaklumkan bahawa ada di antara mereka itu telah tidak menerima bayaran sejak bulan Mei lalu.

Adakah YB Menteri Kewangan dan seluruh Kabinet tahu dan sedar kesan serta impak keputusan tersebut ke atas ekonomi makro, ke atas aktiviti perniagaan, ke atas pendapatan dan kuasa beli para pekerja serta ke atas dapur rakyat miskin, berasap ataupun tidak?

Untuk makluman YB Menteri, aktiviti ekonomi boleh dikatakan sudah tidak bergerak lagi sebab tiada projek baru manakala projek yang sedang berjalan pula telah diberhentikan.

Dari satu sudut, saya boleh terima lojik dan keperluan untuk menilai semula projek mega yang telah diluluskan dan kontrak telah ditandatangani tetapi belum beroperasi atau telah berjalan bawah 15% atas alasan untuk mencari alternatif yang lebih baik dan dapat menjimatkan pula wang rakyat.

Walau bagaimanapun, keputusan ini sudah tentulah tidak berimpak sifar atau zero impact ke atas kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan kontraktor.

Di pihak kerajaan, saya yakin bahawa pasti terdapat syarat dan obligasi yang mesti dipatuhi apabila kontrak tersebut ditangguh atau dibatalkan atau hendak diubahsuai.

Di pihak para kontraktor pula, tentunya mereka sudah ada overheads, komitmen serta perjanjian dengan pembekal, bank dan para pekerja. Adakah kerajaan membiarkan mereka begitu sahaja tanpa harapan atau mereka juga perlu dibantu kerana mereka pastinya menaruh harapan?

Justeru itu, atas prinsip GITAR yang kerajaan Pakatan Harapan laungkan iaitu Governance, Integrity, Transparency, Accountability and Responsibility, maka saya mohon YB Menteri jelaskan perkara-perkara berikut di Dewan yang mulia ini:

Senaraikan projek-projek yang terlibat serta nilai projek masing-masing,

Berapa banyakkah penjimatan yang telah dapat diselamatkan?

Berapa banyak pulakah kos compensation dan lain-lain kos yang berkaitan yang terpkasa ditanggung oleh kerajaan?

Berapa ramaikan pekerja yang terpaksa diberhentikan?

Apakah kesan ke atas ekonomi secara keseluruhan?, dan

Apakah kesan ke atas hubungan bilateral bagi projek-projek yang melibatkan negara asing?

Sekarang saya ingin pula bertanya mengenai isu kelewatan membayar kerja yang telah disiapkan atau perkhidmatan yang sudahpun diberikan. Seperti yang saya maklumkan tadi bahawa dikatakan ada di antara mereka itu telah tidak menerima bayaran sejak bulan Mei lalu. Dan ada yang menerima sebahagian sahaja daripada jumlah nilai yang sepatutmya dibayar.

Bagi mereka yang mempunyai deep pockets sudah tentulah tidak ada masaalah. Tetapi bagi golongan yang kecil dan sederhana sudah entulah kelewatan bayaran ini amatlah membebankan mereka. Saya difahamkan ada di antara mereka yang terpaksa menjual aset yang ada kerana pelbagai pihak mengejar mereka – bank, pembekal, pekerja, isteri dan anak-anak. Saya bimbang kalau mungkin ada yang diisytihar bankrupt.

Lantas mohon YB Menteri terangkan di Dewan yang mulia ini, apakah harapan yang boleh diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk memenuhi harapan mereka agar bayaran dapat dipercepatkan oleh kerajaan dan GLCnya?

Tender Terbuka

Isu kedua yang ingin saya ketengahkan ialah tender terbuka yang sering YB Menteri Kewangan laungkan. Atas prinsip merit, ketelusan, persaingan bebas, keberkesanan kos serta untuk mengelak ketirisan dan sebagainya, saya sokong pendekatan ini. Namun, dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan, dalam kehidupan dan dalam perniagaan, open tender is not everything.

YB Menteri hendaklah sentiasa ingat akan dua perkataan ini iaitu FAIRNESS & JUSTICE. Dua perkataan tersebut hendaklah sentiasa menjadi falasafah dan panduan YB serta kerajaan PH.

Lebih-lebih lagi, prinsip seperti merit dan persaingan bebas ini boleh menjadi senjata makan tuan bagi golongan yang lemah. Prinsip universal dan nampak suci murni ini boleh menjadi camouflage untuk membantu syarikat gergasi dan menindas serta mendiskriminasi pula syarikat kecil dan sederhana. Ia boleh menjadi alat to exacerbate inequalities.

Sebagi contoh, jika projek besar yang boleh dilkasanakan oleh syarikat tempatan tetapi dibuka juga kepada syarikat dari negara luar seperti China maka besar kemungkinannya syarikat tempatan akan lose out. Atas keinsafan inilah maka di depan pemimpin China, YAB PM kita dengan berani telah menegaskan bahawa negara kecil seperti Malaysia bukan semata-mata mahukan FREE TRADE tetapi, yang lebih penting, ialah kita mahukan FAIR TRADE.

Untuk mempastikan fairness and justice dalam proses tender terbuka itu, maka the playing field has to be leveled first. Lalu apakah usaha YB Menteri untuk terlebih dahulu menyamaratakan padang tersebut agar berlaku adil kepada semua syarikat di Malaysia?

EKOSISTEM EKONOMI NEGARA

Isu ketiga yang ingin saya sentuh ialah mengenai ekosistem ekonomi negara.

Selepas 9 Mei lalu, apabila kerajaan bertukar tangan, kerajaan yang baru telah melaungkan slogan Malaysia Baru. Slogan 1Malysia telah diketepikan. Kita terima kedua-dua relaiti ini dengan lapang dada.

Namun rakyat terbanyak masih kurang jelas tentang maksud serta pengisian sebenar slogan tersebut.

Kita mempunyai negara baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu, mulai 31 Ogos 1957. Kemudian kita ada negara lagi baru iaitu Malaysia pada 16 September 1963.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kita mempunyai hayat dan nafas baru yang dipacu oleh Dasar Ekonomi Baru atau DEB.

Salah satu daripada strategi serampang dua mata DEB ialah menyusun semula masyarakat kita. Diakui pencapaian kerajaan dalam aspek ini agak terhad berbanding pembasmian kemiskinan yang kini hampir sifar (0.4% pada tahun 2016).

Selaras dengan slogan Malaysia Baru itu dan sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas kewangan negara, apakah peranan yang akan dimainkan oleh YB untuk merombak ekosistem ekonomi negara yang jelas kurang adil?

Ketidak-adilan ini jelas kelihatan, terutama dari segi rantaian bekalan atau supply chain yang kini dikawal dan dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja dan ianya telah mendorong pula penglebaran jurang kekayaan/pendapatan.

Saya yakin YB Menteri membenci ketidak-adilan dan jurang kekayaan yang melebar. Lantarn itu, apakah usaha gigih YB untuk merombak dan membetulkan ekosistem ekonomi kita ini?

EKONOMI GLOBAL

Dan akhir sekali, saya ingin pula menarik perhatian YB Menteri kepada masaalah ekonomi global yang sungguh besar yang bakal memberi impak ketara ke atas ekonomi kita.

Pada hari pertama persidangan ini, dalam jawapan lisan bagi soalan ke lima, YB telah menggariskan usaha dan inisiatif untuk merancakkan semula ekonomi negara. Walau bagaimanapun, pada hemat saya, semua usaha yang telah digariskan itu bukan saja tidak cukup untuk menrancakkan semula pertumbuhan ekonomi kita yang semakin perlahan malah ianya tidak akan mampu untuk mempertahan & melindunginya dari serangan taufan yang sudahpun melanda dunia dan Malaysia tidak akan terkecuali.

Adakah YB Menteri sedar bahawa dunia, dari Argentina ke Afrika Selatan, ke Turki dan terus ke India, Indonesia & China, kini di ambang kehancuran ekonomi atau economic collapse? Ianya bukan sahaja di escalate oleh perang perdagangan antara USA dengan China dan antara USA dengan EEU malah diperburukkan lagi oleh currency melt down sepertimana yang dialami oleh 20 mata wang. Ia dipalu pula oleh emerging market debt bubble yang bernilai US64 trillion iaitu 7 kali ganda lebih besar berbanding 2002.

Kombinasi serentak semua forces ini bakal melahirkan malapetaka atau catastrophe yang dijangka lebih besar dari krisis kewangan 1998 dan krisis ekonomi 2007/2008.

Sedar atau tidak, Malaysia sudahpun tergolong dalam negara  yang turut diserang taufan tersebut dan sedang menanggung kesannya iaitu pertumbuhan ekonomi yg lebih rendah, exports dan FDI yg lebih perlahan,  kejatuhan nilai Ringgit serta hutang isi rumah yang tertinggi di Asia.

Sesungguhnya lanskap geo-politik dan ekonomi global amatlah hostile sekali. Justeru apakah pelan tindakan yang lebih komprehensif, jitu dan mantap yang telah YB rangka untuk menangani 4 krisis besar tersebut agar ekonomi negara kita terlindung dari serangan taufan berkenaan?

Leave a comment